TAHUN DEPAN TerlangkupLAH AF NI....
DAH BasI...
1=
Edisi Timur: Agih risalah, kain rentang bantu Faizal menang AF4
KUALA TERENGGANU: Pelbagai cara dan pendekatan dilakukan untuk menarik peminat membuat undian untuk finalis Akademi Fantasia Musim Keempat (AF4) Mohd Faizal Ramly, 22, atau Faizal.
*Terbaru, beberapa pihak tampil mengadakan promosi termasuk mempamerkan kain rentang serta mengagihkan risalah ke seluruh daerah supaya Faizal `Ganu Kite’ meraih kemenangan.
*Sebelum ini, di seluruh pelosok daerah sudah diletakkan kain rentang untuk mempromosikan Faizal satu-satunya anak Terengganu menyertai pertandingan itu.
*Bapanya, Ramly Yaakob, 56, turut berkorban wang dan tenaga semata-mata untuk meraih sokongan padu peminat kepada Faizal bagi menjuarai AF4.
*Promosi yang dilakukan bukan sekadar kain rentang, risalah dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi mengadakan malam Persembahan Kebudayaan Afundi Faizal, di Pantai Kelulut, Marang, malam kelmarin.
*Program anjuran Majlis Belia Daerah Marang (MBDM) dengan sokongan Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) mendapat sambutan lebih 2,000 pengunjung khususnya penduduk daerah Marang.
*Dalam majlis itu turut diadakan pendaftaran ahli Kelab Peminat Faizal yang ditubuhkan sejak awal Julai lalu dan keahlian untuk kelab itu kini mencecah 2,500 peminat di seluruh daerah.
*Pengerusi MBDM, Abdul Latif Awang, berkata program malam ini diadakan dengan kerjasama Kesenian Muzium Negeri Terengganu membabitkan artis tempatan seperti Anis Suraya dan Sulaiman Yasin atau Mat Over.
* Sehingga ini, katanya, lapan kain rentang sudah diagihkan kepada wakil setiap daerah di negeri ini termasuk pengagihan risalah untuk menyokong Faizal.
“MBDM sudah membelanjakan RM5,270 untuk promosi itu termasuk menyediakan kad prabayar kepada peminat supaya mengundi Faizal,†katanya.
*Dia berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Malam Kebudayaan Afundi Faizal di Pantai Kelulut yang dihadiri Exco Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Din Adam, malam kelmarin.
* Hadir sama pada majlis itu memberi sokongan, Pengerusi Kelab Marina, Tengku Sulaiman Tengku Ismail Nasiruddin Shah.[/B]
2=
Edisi Selatan: Kelab peminat Haziq
Oleh Mary Victoria Dass
[email protected]
JOHOR BAHRU: “Kami sekeluarga tidak berkira soal wang untuk mengundi Haziq, walaupun sudah membelanjakan hampir RM9,000, kami akan terus mengundi bagi memastikan kemenangannya di konsert akhir Akademi Fantasia Musim Keempat (AF4),†kata ahli Kelab Peminat Haziq (Haziq FC) dari Brunei, Zainuddin Ali, 40.
*Usahawan itu adalah antara ahli terawal yang mendaftar bersama isterinya sebagai ahli Haziq FC yang dilancarkan di Stadium Larkin, di sini kelmarin.
*Beliau dan isterinya, Iba Tarik, 32, bersama seorang anak sanggup datang dari Brunei semata-mata menghadiri pelancaran kelab itu sebagai tanda sokongan terhadap bakat seni anak Johor itu.
*Menurutnya, beliau mengharapkan penduduk Johor memberi sokongan padu mengundi Haziq yang disifatkannya amat berbakat sekali gus menaikkan seorang lagi pelajar AF selepas kejayaan Asmawi Ani atau Mawi tahun lalu.
* Katanya, sehingga kini undian yang dihantar oleh keluarganya untuk Haziq mencecah kira-kira 18,000 undi.
“Setiap undian yang kami hantar itu memberi kepuasan kepada keluarganya kerana bukan sahaja menyumbang kepada kedudukan Haqiz sehingga berjaya ke pusingan akhir, malah turut menyuntik semangat pelajar itu untuk memberi persembahan terbaik.
“Saya dimaklumkan mengenai penubuhan Haziq FC dan tidak sabar mendaftar sebagai ahli selain bertemu peminatnya dari seluruh negara ini,†katanya.
*Kelab Peminat Haziq itu dilancarkan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), Mohd Shukri Mohd Masbah.
*Turut hadir ialah Presiden Penaja Kelab Peminat Haziq FC, Mohd Shari Radiman; bapa Haziq, Rosebi Ibrahim; ibunya, Aini Mamat dan guru vokal pelajar berkenaan, Abdul Rahman Kamaruddin.
* Orang ramai juga boleh mendaftar sebagai ahli Haziq FC dengan melayari laman web
www.haziqfc.net yang turut menawarkan pelbagai maklumat mengenai pelajar berkenaan.
*Sementara itu Mohd Shukri berkata, pihaknya bangga dengan kejayaan Haziq mara ke peringkat akhir AF4 sekali gus mengharumkan nama negeri.