BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AJK Pas diserang balik solat Subuh

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Dr Dzulkefly Ahmad
< 1 / 1 >
SHAH ALAM – AJK Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan cedera akibat dipukul ketika mahu pulang selepas menunaikan solat Subuh, awal pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat melalui laman Facebooknya, hari ini.

“Dr Dzulkefly Ahmad ditumbuk dan dipukul muka serta dahinya oleh orang yang tidak dikenali selepas beliau balik daripada solat Subuh pagi ini.

“Selepas menumbuk, penjenayah ini berkata ‘kenapa kurang ajar sangat?’,”
tulisnya.

Suhaizan turut melahirkan rasa dukacita atas kejadian tersebut dan tidak menolak kemungkinan ada pihak yang cuba membuat provokasi terhadap pimpinan Pas.

“Pemuda Pas sangat dukacita dengan kejadian ini. Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan Pas.

“Matlamat jahat mereka adalah memecahbelahkan Pas. Moga ALLAH membalas kejahatan mereka,” tulisnya lagi.

Usaha Sinar Online mendapatkan Dr Dzulkefly masih gagal.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/ajk-pas-diserang-balik-solat-subuh-1.365510
 
adoi dari pukul org time2 subuh kan lebih baik join org semayang subuh :(
 
takde telur la yang tumbuk tu...
 
penjenayah tu boleh tanya kenapa kurang ajar...!!

padahal dia lar yg kurang ajar tumbuk org tua balik solat subuh... lahanat punya makhluk..!!
 
org2 ISISISISIS ler tuh...
 
zaman skrg ni org suka menggunakan kekerasan.. hmm...
 
Back
Top
Log in Register