BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajal tahan bisa ular

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ALOR SETAR: “Saya paksa arwah ke hospital tetapi dia berkeras tidak mahu pergi kerana sudah mendapatkan rawatan di klinik,” kata Shahrulniza, 35, anak sulung Saad Mansor, 63, yang meninggal dunia selepas dua jam dipatuk ular berbisa di rumahnya di Kampung Alor Gongchar, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai petani dipercayai dipatuk di jari hantu tangan kanan oleh ular berbisa yang tidak diketahui spesiesnya ketika duduk di bangku bawah rumahnya.

Shahrulniza berkata, ketika kejadian itu, hanya ibunya, Che Jam Ismail, 63, dan adiknya, Mat Shahrizal berada di rumah berkenaan.

Katanya, sebaik arwah memaklumkan jari tangan kanannya dipatuk ular, adiknya segera membawanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran rumah mereka.

“Bagaimanapun, klinik berkenaan mengesyorkan arwah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, kerana bimbang kecederaan bertambah serius.

“Namun, arwah berkeras tidak mahu ke hospital, malah menyuruh adik saya pulang ke rumah,” katanya yang ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian itu apabila menerima panggilan daripada adik bongsu, Shahida yang memaklumkan arwah dipatuk ular berbisa.

“Ibu ada beritahu saya dan selepas kejadian mereka membawa arwah ke klinik untuk menerima rawatan dan pihak klinik ada mengeluarkan surat supaya arwah dirujuk ke hospital, tetapi arwah enggan pergi.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, arwah meninggal dunia di rumah ini,” katanya.

Shahrulniza berkata, arwah yang berasal dari Kampung Lengkuas, di sini, pernah memaklumkan kepada mereka supaya dikebumikan di kampung asalnya itu.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian itu dan sikapnya sama seperti sebelum ini.

“Selepas ini, kerusi di tempat kejadian ini pasti akan menjadi kenangan untuk kami sekeluarga kerana setiap kali pulang dari sawah, arwah akan berehat di kerusi itu bagi untuk menghilangkan penat,” katanya sebak Jenazah Saad dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Lengkuas, Bukit Pinang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Ajaltahanbisaular/Article
 
bisa ular jgn wt main weh......mmg da smpi ajal dia....
 
nape x minum air kelapa.... penawar mujarab utk bisa ular... nih petua pekerja penjaga ular tedung zoo bg tau mgg lepas dlm surat khabar...
 
nape x minum air kelapa.... penawar mujarab utk bisa ular... nih petua pekerja penjaga ular tedung zoo bg tau mgg lepas dlm surat khabar...

yeke bro? tahnks for the info...pasni g utan kena stanby air kelapa muda dalam botol ler nmpknya..:)cgrock
 
inalillah.....org tua2 nie payah skit nak pi ospital...dipakse-pakse pon x mau...
 
yeke bro? tahnks for the info...pasni g utan kena stanby air kelapa muda dalam botol ler nmpknya..:)cgrock

same2... pekerja zoo tuh dah byk kali kene patuk ular, petua dier minum air kelapa jerk... tp dier x bg tau plak air kelapa muda or tua... tp mmg besh baca pengalaman dier... cer cari keratan akhbar metro x silap yg mgg lepas.... wallahuallam :">
 
nice info. tp tetap kena g spital. :)
 
nape x minum air kelapa.... penawar mujarab utk bisa ular... nih petua pekerja penjaga ular tedung zoo bg tau mgg lepas dlm surat khabar...

thx boh bg info...dh tekan button thank dah...:D
 
nape x minum air kelapa.... penawar mujarab utk bisa ular... nih petua pekerja penjaga ular tedung zoo bg tau mgg lepas dlm surat khabar...
terbaek.. :)
tp harap ular tu x kelam kabut p cari minum air plak..
(org dulu2 ckp klu ular sdh p minum air bisa makin tajam..ntah laaa)
 
Back
Top
Log in Register