BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajal Ketika Lintas Jalan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
10.05.2019 - Kuala Lumpur, Wanita warga emas meninggal dunia selepas dilanggar motosikal ketika melintas jalan berhampiran Pasar Sentul di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Rohani Nawi, 68, disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang melintas jalan dilanggar motosikal dinaiki dua lelaki di lorong kiri.

Katanya, Motosikal Y15 dinaiki Ainul Zulfikar Haziq Ainul Hakimi serta Aiman Shahrizal Abdul Talib yang masing-masing berusia 19 tahun hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas merempuh pejalan kaki berkenaan.

Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak di lorong tengah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkefly berkata, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan di muka, tangan dan badan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Screenshot-267.jpg


Screenshot-268.jpg


Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/562213/warga-emas-maut-dirempuh-motosikal
 
Maaf... Nama panjang pula...
dipercayai berlaku ketika mangsa yang melintas jalan dilanggar motosikal dinaiki dua lelaki di lorong kiri.

Katanya, Motosikal Y15 dinaiki Ainul Zulfikar Haziq Ainul Hakimi serta Aiman Shahrizal Abdul Talib yang masing-masing berusia 19 tahun
 
Last edited:
Rasanya kalau bawa motor cam manusia... InsyaAllah perkara camni boleh dielakkan
 
Back
Top
Log in Register