joee
CG Top Poster Club

- Messages
- 40,700
Paid Membership
- Joined
- Oct 1, 2010
- Messages
- 40,700
- Reaction score
- 949
- Points
- 161
SEMASA membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 27, tahun lalu, ramai yang tertarik dengan penampilan ala broadway oleh Aizat Amdan.
Penampilannya nampak lebih kemas berbanding sebelum ini. Yang paling menarik tumpuan ialah misai kontot yang dilihat memberikan imej yang lebih matang pada dirinya.
Aizat yang ditemui baru-baru ini berkata, dia tidak merancang imej terbaru itu, sebaliknya terjadi secara kebetulan.
"Memang tidak merancang pun. Saya sudah rimas dengan rambut lama yang panjang dan sebab itu saya potong.
"Misai pula mula panjang semasa saya berada di luar negara. Lepas itu saya fikir macam mahu membiarkannya sahaja.
"Bila dah mula panjang, dan saya sendiri pun sudah rasa rimas, itu yang kemaskan sahaja misai saya sampai jadi macam sekarang," ujarnya.
Tidak mengambil masa yang lama, jelas Aizat, dia hanya memerlukan sekitar lima ke 10 minit sahaja untuk mengemaskan misainya.
Dalam pada itu, Aizat turut memberitahu sedang dalam proses menyiapkan album kedua yang kemungkinan mengandungi lagu berbahasa Inggeris.
"Album pertama dulu ada juga lagu bahasa Inggeris, tetapi untuk kali kedua ini mungkin lima hingga enam lagu berbahasa Melayu dan selebihnya berbahasa Inggeris.
"Saya rasa untuk album kedua ini mungkin muziknya lebih kepada muzik yang saya minati kerana kebanyakan lagu dicipta oleh saya sendiri.
"Selain itu ada juga kolaborasi dengan artis tempatan dan luar negara tetapi belum boleh diberitahu dan masih dalam perancangan," jelasnya.
Semoga album kedua Aizat ini berjalan dengan lancar dan ramai juga peminatnya kini sedang menanti buah tangan terbaharu darinya.