BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AirBorneo Lancar Logo, Slogan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,468
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,468
Reaction score
321
Points
141
9b89be6059ba2d4b2c652f6d6e621ec868a6ef178a63a

521adf36b1da5b2bd9a50cd529d7fb1568a6ef0e651af

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) melancarkan logo syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo di Kompleks Satria Pertiwi di Petra Jaya, hari ini.
Turut hadir kedua-dua timbalannya Datuk Amar Douglas Unggah Embas (kiri) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kanan).
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo hari ini melancarkan logo rasmi ‘Wings of Unity’, merupakan pencapaian penting dalam persediaan untuk memulakan operasinya pada Januari 2026.

Logo berkenaan dilancarkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu majlis khas yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi di sini.

Syarikat penerbangan itu turut memperkenalkan slogan jenama, ‘Borneo For You’ yang mencerminkan visi AirBorneo dalam menggalakkan perjalanan yang bermakna, penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dan sebagai penghubung masyarakat dengan komuniti perniagaan merentas benua.

Dalam kenyataannya, AirBorneo memaklumkan syarikat penerbangan itu akan mengambil alih dan memperluaskan perkhidmatan ditawarkan oleh MASwing, termasuk laluan penerbangan penuh dan Perkhidmatan Udara Luar Bandar yang penting kepada komuniti pedalaman.

“Dengan tumpuan kepada perkhidmatan berkualiti dan penghayatan terhadap warisan tempatan, identiti jenama AirBorneo menggabungkan elemen warna dan motif Sarawak sebagai simbol perpaduan dan kepelbagaian rantau ini.

“Pelancaran ini mengukuhkan peranan AirBorneo bukan sahaja sebagai syarikat penerbangan tetapi juga jambatan budaya yang menyatukan warisan dengan penerbangan moden selain membawa identiti Borneo ke persada antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Pada 12 Feb lepas, Abang Johari mengumumkan penubuhan AirBorneo susulan pemeteraian Perjanjian Jual Beli (SPA) antara kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG).

 
Kehkeh paling lama setahun
Ingat apa jadi pada Rayani Air?
 
Kehkeh paling lama setahun
Ingat apa jadi pada Rayani Air?
Don't underestimate how and what sarawak will do in rival again MYS penin.
i optimist when getting a support from state gov, they will have some secret method:
curb or maybe restrict AA from fully dominant Sarawak air.. hahaa... and on the next phase, propagate it to Sabah as well..
At the same time, ask putrajaya to fund expansion of KCH and BKI airport.. wonderful idea

*FYI, the method had long been use by SG to curb AA from expanding there and a major life line to SCOOT/SIA.

unlike Rayani air which fully independent..
 
Air Borneo under state govt
Jauh beza dgn Rayani
correct.
Sarwak by current gov and much different. Keep on prepare (some will say preparation for separation, im not going to say so).
List of some project might seen distancing from peninsul:

Electricity
u/c internet
Petros
Air Borneo
u/c Road / Highway

Some will say "loose grip" or may lack of control and other words maybe under Anwar administration
 
correct.
Sarwak by current gov and much different. Keep on prepare (some will say preparation for separation, im not going to say so).
List of some project might seen distancing from peninsul:

Electricity
u/c internet
Petros
Air Borneo
u/c Road / Highway

Some will say "loose grip" or may lack of control and other words maybe under Anwar administration

Aku harap Air Borneo pun ada KL- Penang
 
Back
Top
Log in Register