BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli Sunah Waljamaah mazhab rasmi negara

zackpenang

Banned
gem
Messages
7,236
Joined
Jan 9, 2010
Messages
7,236
Reaction score
1,891
Points
151

Ahli Sunah Waljamaah mazhab rasmi negara​

BERNAMA

Dr Zulkifli Hasan.
Dr Zulkifli Hasan.
Kuala Lumpur: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) memutuskan Ahli Sunah Waljamaah adalah mazhab rasmi negara ini dari segi perundangan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, perkara itu diputuskan ketika Jawatankuasa Fatwa MKI bersidang pada 21 dan 22 Oktober lalu.

"Kerajaan mengambil beberapa langkah penting dalam memantapkan pendekatan Ahli Sunah Waljamaah yang bersifat wasatiyah, mengutamakan kesederhanaan dan mengurangkan pergeseran dalam kalangan umat Islam, terutamanya membabitkan perbezaan aliran.
"Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada agenda penyatuan umat Islam di negara ini, sambil memberi penekanan kepada usaha memperkukuh pegangan Ahli Sunah Waljamaah dan menjauhi sikap ekstrem yang timbul akibat perbezaan pandangan dan aliran pemikiran," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengena inisiatif Kerajaan Madani untuk menangani pertembungan berbagai aliran pemikiran Islam yang boleh menjejaskan perpaduan ummah.

Zulkifli berkata, Jawatankuasa Fatwa MKI yang bersidang pada 5 Mei 1996 memutuskan umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
Menurutnya, antara usaha dan langkah kerajaan ialah pengukuhan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi kerjasama dengan institusi agama Islam negeri bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran agama Islam selari dengan prinsip-prinsip Ahli Sunah Waljamaah.
"Penyelarasan dan penyeragaman fatwa serta undang-undang syariah juga dilaksana secara teratur bersama pihak berkuasa agama negeri.
"Jawatankuasa Fatwa MKI antara platform terbaik bagi menangani pertembungan aliran pemikiran ini. MKI bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun untuk menyelaras dan menyeragamkan hukum-hukum fatwa agar menjadi rujukan peringkat kebangsaan dan peringkat negeri," katanya.

Beliau berkata, medium khutbah Jumaat juga digunakan sebagai peringatan dan nasihat kepada umat Islam agar bersifat wasatiyah, harmoni, mementingkan keamanan dan perpaduan serta menekankan aspek adab dalam menangani perbezaan dalam perkara khilafiah dan pihaknya turut menerbitkan teks khutbah Jumaat tersebut selain menerbitkan beberapa buku antaranya "Adab al-Ikhtilaf fil Islam" oleh Syeikh Dr Taha Jabir al-Alwani.
Di samping itu, kerajaan menjalankan pelbagai aktiviti dan program melalui pendekatan dakwah bil hal dan dakwah bil lisan untuk menyebarkan serta memantapkan kefahaman Islam yang sederhana dan meraikan kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.
"Kerajaan terus memperkasakan program pendidikan dan keilmuan seperti program takmir di masjid dan surau, forum perdana ehwal Islam, majlis ilmu Madani, daurah pengajian hadis, dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata, secara keseluruhannya pendekatan digunakan dalam aliran pelbagai itu berlandaskan prinsip maqasid syariah dan Ahli Sunah Waljamaah dengan tujuan memelihara keharmonian dan perpaduan umat Islam.
Menjawab soalan tambahan Senator Ros Suryati Alang mengenai kemungkinan pengeluaran garis panduan untuk penceramah, Zulkifli berkata, setiap negeri telah mempunyai jawatankuasa tauliah untuk memantau, mengawal, dan meluluskan permohonan tauliah.
"Untuk menggalakkan penceramah atau pemegang tauliah memberi ceramah, kita sudah mempunyai undang-undang dan peraturan melalui pengawalan tauliah.
"Sekiranya terdapat pihak yang melanggar syarat dan etika tauliah, mereka akan dipanggil untuk diberi nasihat, dan jika tidak mengikut nasihat, tauliah mereka boleh digantung dan tidak diperbaharui," katanya.
Disiarkan pada: Mac 13, 2025 @ 4:00pm
 
yes
tak perlu spesifik asyairah matudiyyah
Dalam buku teks tingkatan 4 ka 5 dah ada aliran mana didefinasikan sbg ahli sunnah wal jamaah...la ni ramai dlm tu ahli bidaah wal jamaah...buku teks sekolah dgr kata nak dpt kontrak baru cetak...tu org kata baru ni nk cepat2 tukar definasi ahli sunnah wal jamaah...malah pasai tauhid 3 dulu masa time 80an x silap, mmg buku teks ajar tauhid 3. Cuma datang yg baru buang tauhid 3, dok ajar sifat 20...igt lg dulu masa kecik2, ada ustaz dari kedah mai rmh jiran, ajar org kampung sifat 20 malam2....aku kecik lg...jd p la dgr jgk...rupanya, sifat 20 tak dibenarkan? diajar u oleh mufti....
 
Betul tu bro
 
80an dulu taklah oening macam sekarang
 
aku dulu bang masa darjah 5 tak silap , ustaz sekolah sendiri yg siap print and bagikan dekat budak2 yg bab fadhilat solat tarwikh tu... malam pertama dapat apa, malam ke 2 dapat apa...
 
Dalam buku teks tingkatan 4 ka 5 dah ada aliran mana didefinasikan sbg ahli sunnah wal jamaah...la ni ramai dlm tu ahli bidaah wal jamaah...buku teks sekolah dgr kata nak dpt kontrak baru cetak...tu org kata baru ni nk cepat2 tukar definasi ahli sunnah wal jamaah...malah pasai tauhid 3 dulu masa time 80an x silap, mmg buku teks ajar tauhid 3. Cuma datang yg baru buang tauhid 3, dok ajar sifat 20...igt lg dulu masa kecik2, ada ustaz dari kedah mai rmh jiran, ajar org kampung sifat 20 malam2....aku kecik lg...jd p la dgr jgk...rupanya, sifat 20 tak dibenarkan? diajar u oleh mufti....
Tauhid 3 memang di ajar dlm subjek pendidikan Islam dl...la xpasti sifat 20 xdk cuma selalu masuk tv...nk mengaji sifat 20 kena pi pondok atau cr guru bg aku dua2 xdk mslh
 
Back
Top
Log in Register