BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli ANGKASA bebas GST?

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Shah Alam.

Keputusan untuk mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau sebaliknya terhadap ahli Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) masih belum diputuskan kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, cukai GST yang dikenakan kepada ahli koperasi membuat pinjaman dilihat membebankan golongan itu.

Justeru, beliau berkata, pihaknya masih menjalankan rundingan bersama Kementerian Kewangan bagi memperhalusi keputusan itu dan satu kaedah terbaik akan dicari memastikan tiada pihak terbeban.

“Rundingan bersama Kementerian Kewangan masih lagi berjalan dan kita akan cari kaedah terbaik untuk pastikan ahli koperasi dan rakyat tidak akan terbeban.

“Apabila keputusan mengenai perkara itu sudah dicapai, kami akan umumkan dan sudah pasti satu keputusan menang-menang akan dicari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Produk Koperasi dan Perkhidmatan Malaysia (MACCOPS) 2014 anjuran ANGKASA, di sini, semalam.

ANGKASA melalui Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah mahu kerajaan memberi pengecualian GST ke atas perkhidmatan potongan gaji oleh anggota.

Sehingga kini terdapat kira-kira 1.3 juta peminjam menggunakan perkhidmatan potongan gaji menerusi Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA).

Sebelum ini, perkhidmatan yang dibuat BPA itu tidak dikenakan cukai jadi peminjam sepatutnya tidak perlu menanggung cukai enam peratus sebaik GST dilaksanakan pada April depan.

Pada sidang media sama, Hasan menafikan dakwaan masalah kekurangan bekalan minyak RON97 sejak kebelakangan ini berpunca tindakan pengusaha menyorok bekalan.

“Saya nafikan pengusaha menyorokkan bekalan dan bekalan minyak RON97 dijamin akan stabil dalam masa terdekat. Kekurangan bekalan disebabkan permintaan mendadak minyak itu daripada pengguna berbanding sebelum ini.

“Proses penghantaran bahan api itu akan disusun semula dan bekalan minyak RON97 akan kembali stabil,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/node/16153
 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, cukai GST yang dikenakan kepada ahli koperasi membuat pinjaman dilihat membebankan golongan itu.

Tau plak beban ya.
Kalau nk GST, kena pukul rata la bang, biar sume rasa, biar sume tahu berat ke tak berat.
 
Pasal loan korang semua kena tau...bukan loan angkasa je yg kena GST, loan bank pun kena jugak...nnti semua loan akan ditambah 6% cthnya klau loan bank tu 3.7% setahun, kena tambah 6% jd la 9.7% setahun interestnya..ini sepupu aku yg keje bank la kata..jd buat la loan sblm 1 april 2015
 
Bapak ape.....ko bior.betoi. Ni.mcm dok lojik jer....
 
Pasal loan korang semua kena tau...bukan loan angkasa je yg kena GST, loan bank pun kena jugak...nnti semua loan akan ditambah 6% cthnya klau loan bank tu 3.7% setahun, kena tambah 6% jd la 9.7% setahun interestnya..ini sepupu aku yg keje bank la kata..jd buat la loan sblm 1 april 2015

ini sangat mengketedarah~X(....habis la yang nak buat loan lepas GST dilaksanakan
 
Pasal loan korang semua kena tau...bukan loan angkasa je yg kena GST, loan bank pun kena jugak...nnti semua loan akan ditambah 6% cthnya klau loan bank tu 3.7% setahun, kena tambah 6% jd la 9.7% setahun interestnya..ini sepupu aku yg keje bank la kata..jd buat la loan sblm 1 april 2015

sepupu ko pegi kursus tdo ker? 6% dr 3.7% tu...bukan main tambah je beb...
 
3.7 g 6.7 tu bukan kecik2 anak tau..
 
Setahu aku cukai gst untuk loan memang ada tapi x la naik mendadak. Mungkin servis caj rm200 daripada pinjaman rm10k, rm200 tu ditambah 6%. Tetapi hal ni mungkin memberi ruang kepada along2 diluar sana dgn cuba memberi pinjaman tanpa gst. Last2 nanti ramai pula yg meminjam dengan along daripada pinjam bank atau koperasi
 
Umum laa cepat..kena atau tidak gst..
 
Back
Top
Log in Register