BTC USD 84,783.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahlan Ya Ramadhan

lautbiru

Active Member
Messages
1,630
Joined
Jun 8, 2010
Messages
1,630
Reaction score
335
Points
41
Assallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Ramadhan Kariim!..


Alhamdullillah...

Tak berapa lama lagi...Yg ditunggu dah hampir...:D


"Allahumma Ballighna Ramadhan. Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "



Saya memohon maaf kepada sekalian sahabat sahabat di CG yg diberkati ini...

Sudi kiranya Tuan Puan mendoakan ..moga moga Ramadhan kali ini terlebih baik drp yg lepas lepas buat saya juga buat kita semua....aminn...


Sebagai santapan mejelang Ramdhan ini saya bawakan kutbah junjungan kita menyambut Ramdhan....





Kutbah Rasullullah s.a.w..


"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh
keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasa-Nya. Didalam bulan
Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan
dibelenggu seluruh syaithan. Padanya ada suatu malam yang terlebih baik
dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam
itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."


"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan penghulu segala bulan, maka "Selamat datanglah" kepadanya."


Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu kewajiban, dan qiam dimalam harinya suatu tatawwu'.

Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya samalah dia dengan orang yang menunaikan sesuatu fardhu didalam bulan yang lainnya. Barangsiapa menunaikan sesuatu fardhu dalam bulan Ramadhan samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardhu dibulan lainnya. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah surga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertulungan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin didalamnya.

Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa. Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun sebutir korma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya ampunan, dan akhirnya kemerdekaan dari neraka. Barangsiapa yang meringankan beban seseorang (yang membantunya) niscaya Allah mengampuni dosanya. Oleh itu banyakkanlah yang empat perkara dibulan Ramadhan.

Dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepada-Nya.

Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan
perlindungan dari neraka. Barangsiapa memberi minum orang yang
berpuasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk kedalam surga."

(H.R.Ibnu Khuzaimah)
 
hati tenang dan gembira menanti keindahan ramadhan
 
hati tenang dan gembira menanti keindahan ramadhan


:)cgrock



Alhamdullillah


Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud:

‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’
(Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad).

(doa pembuka bicara saya di atas :D )


Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan
" Ahlan wa sahlan ya Ramadhan" bererti selamat datang Ramadhan!
 
Alhamdullillah


:D

Antara Peristiwa yang telah berlaku dibulan Ramadhan:


- Peperangan Badar al-kubra



- Pembukaan Mekah



- Beberapa pertempuran di dalam peperangan Tabuk, pada ramadhan 9 hijrah



- Tersebarnya Islam di Yaman pada bulan ramadahan tahun 10 hijrah



- Khalid Al-Walid memusnahkan berhala uzza pada ramadhan tahun 8 hijrah



- Kedatangan bani Thaqif dari Taif menemui rasullillah dan memeluk Islam,turut merubuhkan berhala latta pada tahun 9 hijrah.



- Berlaku pertempuran di Zallaqah (sekarang berdekatan dengan Pertugal) dan kemenangan memehak kepada tentera Islam Andalus yang diketui oleh Yusuf bin Tasyifiin mengalahkan tentera France yang bilangannya 80,000 orang yang di ketuai Funus.Peristiwa ini berlaku pada 25 ramadhan tahun 479 hijrah




- Pertempuran di Ain Jalut yang terletak di antara Biisaan dengan Naablus pada pagi jumaat,15 ramadhan tahun 658 hijrah di ketuai oleh Qutuz Sultan Mamalik di Mesir.




- Pembukaan Al-Andalus pada 28 ramadhan tahun 93 hijrah, di bawah pimpinan Tariq bin Ziyaad, kemudian turut membuka Qurtubah, Gharnadah dan Thalithah pusat pemerintahan Andalus.





:)cgrock sila sambung...... :D
 
- Pembukaan Al-Andalus pada 28 ramadhan tahun 93 hijrah, di bawah pimpinan Tariq bin Ziyaad, kemudian turut membuka Qurtubah, Gharnadah dan Thalithah pusat pemerintahan Andalus.




:D



Alhamdullillah


Insyaallah...ramai yg tau..tapi kalau kalau ada yg tak tau...:D

"GIBLATAR " (sila rujuk peta dunia)...adalah diambil semperna nama "TARIQ BIN ZIYAAD "


Kata asalnya...Jabal Tāriq (جبل طارق),
....Bukit TARIQ



Sebelum kedatangan Islam...ianya dikenali sebagai Mons Calpe, one of the Pillars of Hercules....


Suatu bukti kehebatan umat islam!
 
selamat datang ramadhan...

semoga ramadhan kali ini lebih baik utk kita semua..

Dari segi Amal Ibadat, Akhlak... Amin...
 
selamat datang ramadhan...

semoga ramadhan kali ini lebih baik utk kita semua..

Dari segi Amal Ibadat, Akhlak... Amin...


Aminnn....

Thanks Tuan..:D



Perangat ....basic ilmu puasa




Syarat sah puasa:

1) Islam semasa berpuasa

2) Mumaiyiz dan beraqal sepanjang hari

3) Bersih dari haid dan nifas sepanjang hari.

4) Hari-hari yang di izinkan berpuasa

Bagi mazhab as-syafei Niat merupakan rukun puasa.Mesti setiap hari,wajib dimalam hari kecuali puasa sunat yang membolehkan sebelum zawal dan wajib ta’yinn.Juga menahan diri dari makan,minum dan jimak merupakan rukun puasa.







Syarat-syarat niat:



1) Dimalam hari

2) Ta’yiin niat bagi puasa fardhu saperti puasa fardhu ramadhan

3) Niat yang jazim iaitu berniat dengan penuh kepastian berpuasa besuk hari.

4) Berbilang-bilangnya niat pada setiap hari berpuasa ,sementara mazhab malikiah memadai niat sekali untuk sebulan.

Kesempurnaan niat bagi Assyafiah ialah berniat puasa besuk hari tunai fardhu ramadhan pada tahun ini kerana Allah s.w.t.



Sunat-sunat puasa dan adab-adab puasa:

1) Bersahur

2) Bersegera berbuka puasa setelah yakin tenggelamnya matahari dan sebelum solat

3) Doa selepas berbuka

4) Memberi juadah atau makanan untuk orang yang berpuasa.

5) Mandi janabah,haid dan nifas sebelum naik fajar siddiq.

6) Menahan lidah dan anggota dari percakapan dan perbuatan yang sia-sia tetapi ianya harus.Sementara menahan diri dari mengumpat,berbohong,memfitnah,mengadu domba dan mencaci adalah haram.

7) Meninggalkan keinginan syahawat yang harus saperti mendengan,melihat dan mencium haruman dan wangian

8) Meninggalkan perbuatan saperti berbekam

9) Memberi kelapangan yang luas kepada keluarga dan ihsan kepada saudara-mara ,banyak bersedekah kepada fakir miskin.

10) Penuhkan masa dengan mencari ilmu,membaca dan bertadarrus al-quran,berzikir dan berselawat.

11) Beri’tikaf lebih-lebih lagi pada sepuluh malam yang terhakhir.
 
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdullillah..

Doa saat ini....


"Bagaimana andainya Ramadhan kali ini tidak dapat ku temui?

Mungkinkah nyawaku ditarik sebelum sempatnya Ramadhan kembali?

Segala persoalan ku tahu tidak akan terjawab namun, aku kembali memohon kepada Dia, Allah S.W.T, panjangkanlah usia hambamu ini, dan berikanlah kesempatan memenuhi Ramadhan-Mu lagi. Kerana Ramadhan dahulu aku telah mengecewakan Mu, Ya Allah. Kerana Ramadhan dahulu aku telah banyak mensia-siakan Ramadhan dengan kealpaan dan kemungkaran."




wwaaaaaaaaaaaaaa........:(( :(( :((
 
Back
Top
Log in Register