BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ah long dipukul, diculik peminjam

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
ne_02.1.jpg

LIMA tertuduh kes pukul dan culik ah long ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kulaijaya semalam.

-----------------------------------------------------------------
JOHOR BAHRU - Kisah ah long bertindak ganas terhadap peminjam sering didengari namun keadaan sebaliknya berlaku di bandar raya ini pada 5 Julai lalu.

Sepasang suami isteri yang meminjam wang bersama sekumpulan rakannya dikatakan bertindak ganas dengan menculik dan membelasah dua orang ah long.

Lebih teruk, mereka yang menahan kedua-dua lelaki berkenaan selama 24 jam turut meminta wang tebusan sebanyak RM30,000 daripada ahli keluarga ah long tersebut.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam kejadian pada pukul 11.15 malam itu, dua lelaki Leow Own Keong, 30, dan Lew Wei Your, 19, dipercayai ah long telah diculik oleh peminjam di kawasan Teluk Danga di sini.

Menurut beliau, selepas membelasah kedua-dua ah long itu, kumpulan suspek telah menghubungi keluarga kedua-dua mangsa terbabit dan meminta wang tebusan bagi membebaskan mereka.

"Keluarga kedua-dua mangsa telah membuat pembayaran sebanyak RM5,000 melalui akaun bank salah seorang suspek manakala baki RM25,000 lagi dibuat secara tunai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

Mokhtar berkata, selepas pembayaran dibuat, kedua-dua mangsa dibebaskan dan mereka mengalami kecederaan hampir di seluruh bahagian badan dipercayai dipukul.

Sebuah kereta Perodua Myvi milik salah seorang mangsa turut dilarikan.

Polis yang menyiasat laporan keluarga kedua-dua mangsa itu berjaya menahan tujuh suspek termasuk dua wanita berumur antara 16 hingga 42 tahun di sekitar Kota Tinggi antara 15 hingga 17 Julai lalu.

Bagaimanapun, Mokhtar berkata, dua daripada suspek tersebut dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau memberitahu, bersama suspek-suspek itu polis merampas wang tunai berjumlah RM6,500, sebuah kereta Perodua Myvi milik mangsa, enam buah telefon bimbit dan beberapa barangan lain.

Polis masih mencari dua lagi individu iaitu Al Annaz Wahid, 18, yang beralamat di 32, Felda Tenggaroh 2, Jemaluang, Mersing dan Mohd. Hadi Hamdan, 29, beralamat di 199F, Felda Tenggaroh 3, Jemaluang, Mersing bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Difahamkan pasangan suami isteri itu telah meminjam wang sebanyak RM10,000 daripada dua ah long itu dan merancang untuk menculik kedua-duanya selepas tidak tahan diganggu oleh mereka.

Sementara itu, lima suspek yang masih berada dalam tahanan polis kerana kes itu termasuk seorang wanita warga Filipina dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulaijaya dekat sini semalam.

Kelima-lima tertuduh iaitu Rasman Ahmad, 42, Ismail Jaafar, 39, Wan Karmizi Muhamad, 28, dan Mohamad Awan A. Bakar, 23, dan Aida Jamhalie Samson berhadapan dengan dua pertuduhan menculik Own Keong dan Wei Your pada pukul 11.15 malam, 5 Julai lalu untuk mendapatkan wang tebusan.

Berita selanjutnya di akhbar Kosmo!
 
pasnie cuak la ah long nie erkk.. kalau nak bagi pinjam kat org felda, nasib laa. sapa suruh kacau peminjam, kan dah kena.... tak berbaloi langsung
 
hahaha.....tak tahan sgt ngan along la tuh. tp ko gak la yg bod0h..pi pinjam along watpe..main judi??heheheh...
 
kat tempat mertua aku ni....... sekarang zaman dah terbalik ....
 
tak pasai2 yang kasi pinjam kena pulak.. :-?#:-S:))
 
haha..
ntah2, dari 10k jadi 20k... mana tak hangin???
 
Back
Top
Log in Register