BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Zahir Ucapan Tahniah Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Agong Zahir Ucapan Tahniah Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah​

de5463e3c58360493bb263297b67c9ec6a49e428f0b7b

Kredit: FB - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-84 kepada Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda mendoakan agar Sultan Sallehuddin dirahmati, diberi kebahagiaan dan dilanjutkan usia oleh Allah SWT.

“Semoga Allah SWT merahmati baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia baginda,” titah Seri Paduka Baginda.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Sallehuddin.

Perdana Menteri turut mendoakan agar Sultan Sallehuddin, Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah SWT serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

"Daulat Tuanku. Dirgahayu Tuanku," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

 
Back
Top
Log in Register