jimie lee
Permanently Banned - Multiple ID

- Messages
- 5,244
- Joined
- Jul 1, 2011
- Messages
- 5,244
- Reaction score
- 839
- Points
- 111
JAKARTA - Seorang ahli politik Indonesia mengkritik agensi perisikan negara itu kerana gagal menghalang pengebom berani mati daripada menyerang sebuah gereja dipenuhi penganut agama Kristian di Solo, Jawa Tengah, kelmarin.
Timbalan Pengerusi Dewan Rakyat, Tubagus Hasanuddin berkata, polis dan Agensi Risikan Kebangsaan negara tersebut sepatutnya mampu menjangkakan serangan tersebut.
“Saya percaya masalah dalaman agensi risikan menjadi punca mengapa pengeboman itu berlaku tanpa berjaya dikesan,” katanya.
Seorang pengebom berani mati menyerang sebuah gereja kelmarin, menyebabkannya terbunuh dan mencederakan 28 yang lain.
Laporan awal menyebut seorang remaja perempuan turut terbunuh selepas serpihan logam menembusi kepalanya namun pihak hospital kemudian mengesahkan hanya penyerang itu yang terbunuh dalam serangan tersebut.
Sementara itu, polis Indonesia mengenal pasti suspek sebagai Achmad Yosepa Hayat yang dipercayai turut terlibat dalam pengeboman sebuah masjid di Cirebon, April lalu namun, pengesahan akan dibuat selepas ujian DNA dijalankan.
Solo dianggap sebagai lubuk militan Indonesia dengan tujuh atau lapan kumpulan pelampau menjadikan bandar tersebut sebagai pusat kegiatan mereka.http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9567943.asp