BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agensi, Jabatan Bawah KDN Perlu Percepat Penggunaan AI Perkasa Sistem Penyampaian

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,704
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,704
Reaction score
97
Points
80
c305ee9deca28ec3f4747c5a3387800b69a91a36a52d1

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Kompleks Setia Perkasa hari ini.

Semua agensi dan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mempercepat penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan kerja serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata AI menjadi medium penting untuk membantu organisasi berfikir ke hadapan dan meningkatkan kecekapan pentadbiran.

Beliau berkata teknologi AI mempunyai keupayaan menganalisis sejumlah besar maklumat termasuk jurnal, buku dan pelbagai penerbitan, selain mampu membantu menghasilkan penulisan atau draf dokumen dengan pantas.

Menurutnya, teknologi AI generatif masih berada pada peringkat awal perkembangan dan Malaysia masih mempunyai ruang untuk mengejar kemajuan dalam bidang tersebut.

"AI generatif ini sebenarnya masih baharu sekitar dua hingga tiga tahun sahaja berkembang secara pesat. Jadi kita masih belum terlalu jauh ketinggalan," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan KDN di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha KDN Datuk Dr Awang Alik Jeman, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.

Saifuddin Nasution berkata penggunaan AI merupakan satu keperluan baharu dalam pentadbiran moden dan KDN telah memulakan langkah awal menerusi inisiatif "AI for KDN, KDN for AI" sejak dua tahun lepas.

Beliau turut menggesa supaya latihan berkaitan AI dipertingkatkan termasuk menghantar pegawai mengikuti kursus di universiti tempatan bagi memahami asas teknologi tersebut.

Saifuddin Nasution berkata beberapa agensi di bawah kementerian termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mula memanfaatkan teknologi AI, antaranya melalui penggunaan sistem pengecaman wajah bagi memudahkan pergerakan di pintu masuk negara tanpa penggunaan cap pasport secara manual.

 
Back
Top
Log in Register