kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,719
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,719
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menolak representasi yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggugurkan tujuh pertuduhan terhadapnya membabitkan kesalahan salah guna kuasa dan penerimaan wang hasil aktiviti haram.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan perkara itu hari ini ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy.
“Pihak pendakwaan telah menerima representasi daripada pasukan peguam pada 19 Ogos 2025 dan kami memaklumkan peguam bahawa representasi berkenaan telah ditolak oleh AGC pada 22 Ogos lepas.
"Oleh itu, pihak pendakwaan memohon supaya tarikh-tarikh perbicaraan ditetapkan," katanya yang mengendalikan kes bersama Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat.
Terdahulu, beliau memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan sudah bersedia untuk memulakan perbicaraan pada bulan Januari tahun depan dan penyataan saksi juga telah disediakan.
Bagaimanapun, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin memohon supaya tarikh perbicaraan ditetapkan pada bulan Mei atau Jun 2026.
Peguam Datuk Amer Hamzah Arshad, yang turut mewakili bekas Perdana Menteri itu, pula berkata meskipun senarai saksi telah diterima namun mereka masih memerlukan pernyataan saksi bagi menyediakan pembelaan.
Muniandy kemudian menetapkan 10 Nov ini untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh perbicaraan.
Muhyiddin, 78, yang ketika kejadian memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan permintaan rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi pihak parti tersebut iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan Datuk Azman Yusoff.
AGC Tolak Representasi Muhyiddin Untuk Gugur Tujuh Pertuduhan
Muhyiddin Yassin, salah guna kuasa, hasil aktiviti
