Freak
Fun Poster
- Messages
- 143
- Joined
- Dec 13, 2010
- Messages
- 143
- Reaction score
- 8
- Points
- 15
tolong baca dengan ilmiah, dan komen dengan hujah.
Akar tunjang agama adalah akidah yang bererti penghambaan. Apabila agama itu dieksploitasi, manusia akan mudah terperdaya akibat taklid buta. Firaun menggunakan pendeta untuk meyakinkan rakyat akan sifat ketuhanannya. Ini membuktikan sejak dahulu kala lagi agamawan berperanan dalam pemerintahan negara.
Tetapi amatlah malang, Islam sebagai agama mukjizat gagal memainkan peranan ini dalam membina tamadun yang berjaya. Universiti al-Azhar yang melahirkan berpuluh ribu alim ulama gagal memandu rakyat menjatuhkan diktator di Mesir. Akhirnya inspirasi Revolusi Arab Spring bermula dari si penjual sayur di Tunisia.
Sebab itu Arab Spring bukan Revolusi Islam seperti yang berlaku di Iran pada tahun 1979. Revolusi Iran dipandu oleh agamawan, Imam Khomeini yang menanam benih idealisme dalam rakyat Iran. Penulisan idealisme Imam Khomeini disebar sehingga ke Malaysia (diterbit oleh ABIM). Di sini, kita dapat lihat akan kepentingan idealisme dalam diri kita, iaitu harapan untuk bangun dan bergerak ke hadapan.
“Gott ist tot” (tuhan telah mati), merupakan laungan berbentuk literal(tersirat) Nitzsche sebagai simbol kemenangan mutlak ideologi sekularisme. Semasa zaman kegelapan Eropah, pihak gereja telah memanipulasikan agama untuk kepentingan tertentu. Namun, aku lebih suka pandangan Karl Marx kerana beliau bercakap atas konteks ekonomi dan kemaslahatan rakyat.
Karl Marx berpendapat agama seperti candu kepada rakyat yang memberi kebahagian dalam bentuk khayalan. Karl Marx mengajak masyarakat Eropah berfikir secara realistik. Candu memberi kebaikan untuk tujuan perubatan, tetapi ia memudaratkan apabila diguna luar kawalan.
Pandangan Karl Marx harus dinilai secara kritikal kerana kita perlu akui bahawa terdapat pem*****an berlaku atas nama agama. Ramai alim ulama yang menyeleweng agama untuk menjadi pengampu kepada pemerintah.Qur'an dan Hadis diseleweng mengikut selera pemerintah seperti yang berlaku pada zaman Firaun:
“Maka Fir’aun mempengaruhi kaumnya, lalu mereka patuh kepadanya, sesungguhnya mereka (kaumnya) itu daripada kalangan orang-orang yang fasiq” [az-Zukhruf : 54]
Pem*****an agama juga berlaku dalam perperangan. Kita dapat lihat beberapa aktor pengganas yang melaungkan Allahu Akhbar sedangkan mereka membunuh orang yang tidak berdosa. Benih-benih kebencian dan fasis disebarkan atas nama jihad oleh Taliban dan al-Qaeda. Puak ini yang memecah belahkan umat Islam di Somalia, Mesir (pembunuhan Anwar Sadat), Morocco, Pakistan, dan Afghanistan.
Tragedi pem*****an atas nama agama juga ada dalam konsep politik dan kenegaraan. Terdapat negara yang mengaku dan berbangga dengan mendakwa negara mereka adalah Islamic State. Hanya melaksanakan hukum Hudud, maka negara mereka menjadi Islamic State sedangkan soal penyelewengan kuasa dan ekonomi diketepikan.
Ulama di Middle East menyokong autokrasi dengan alasan Demokrasi buatan orang Kafir. Sedangkan al-Quran tidak pernah menyebut sistem beraja mahupun Autokrasi. Ulama ini mengeluarkan fatwa haram demonstrasi, haram derhaka kepada pemerintah, dan haram tukar kerajaan.
Kajian yang dijalankan telah membuktikan negara bukan Islam lebih Islamik berbanding negara Islam sendiri. Dalam journal How Islamic are Islamic Countries, negara seperti New Zealand, Norway, Ireland, dan Iceland lebih Islamik dari negara Islam. Negara jaguh agama seperti Arab Saudi menduduki tangga ke 131 dan Iran ke-163 (Rujuk: sini ). Malaysia bernasib baik berada ditangga ke-38, iaitu mendahului negara anggota OIC yang lain.
Satu persoalan, kenapa negara Sekular lebih Islamik berbanding negara yang berpaksikan wahyu Tuhan?
“Jika orang kata Dajjal itu bahaya, Ulama sebenarnya lebih bahaya dari Dajjal”, kata Imam surau kampung aku semasa Ramadan tahun lepas.
sumber: disini