BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AFC denda FAM, JDT dan Selangor FC

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
3346943.webp

FAM, Johor Darul Ta'zim dan Selangor FC didenda oleh Konfederasi Bolasepak Asia atas pelanggaran peraturan.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) serta dua kelab gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC didenda Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) atas beberapa kesalahan.

Hukuman itu diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC susulan pelanggaran peraturan dalam perlawanan membabitkan saingan kelayakan Piala Asia 2027, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

FAM didenda sebanyak AS$1,875 (kira-kira RM7,788) kerana melakukan kesalahan di bawah Perkara 2.2 Manual Operasi Pertandingan AFC ketika aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 14 Oktober lalu.

"Wakil pihak responden menyebabkan kelewatan untuk memulakan separuh masa kedua perlawanan selama dua minit dan 30 saat."

Menurut keputusan yang ditetapkan Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC pada Rabu, denda itu hendaklah diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan itu dibuat.

JDT selaku juara Liga Super 11 kali berturut-turut pula dikenakan didenda AS$5,000 (RM20,783) selepas didapati gagal menyediakan 'Clean Stadium' di tapak latihan rasmi bagi perlawanan ACLE menentang kelab Jepun, FC Machida Zelvia, 30 September lalu.

Sementara itu, Selangor FC dikenakan denda sebanyak AS$1,250 (RM5,195) apabila wakil pasukan berkenaan menyebabkan kelewatan sepak mula separuh masa kedua selama satu minit dan 20 saat ketika aksi ACL2 menentang Persib Bandung, 23 Oktober lalu.

JDT dan Selangor juga perlu menyelesaikan hukuman denda berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan itu dibuat.
 
Back
Top
Log in Register