BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AFC B-16 : Malaysia vs Jepun

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
image.jpg

PERLAWANAN Malaysia menentang Jepun dalam Kejohanan B-16 AFC yang sepatutnya berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini ditunda ke esok pagi ekoran hujan lebat. - BERNAMA






KUALA LUMPUR 26 Sept. - Penundaan perlawanan Malaysia-Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan A, Kejohanan Bawah 16 (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang ini memberi rahmat kepada penyokong negara.

Pertarungan tersebut yang ditunda ke pukul 11 pagi esok kini boleh ditonton secara percuma, umum Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam Twitter.

Syed Saddiq menyeru penyokong agar memenuhkan stadium untuk memberi sokongan kepada anak-anak buah Lim Teong Kim yang berdepan misi ‘hidup mati’.

“Match (perlawanan) ditangguhkan ke esok 11 am (pagi), entry (masuk) ke stadium Bukit Jalil Percuma.

“Ini kerana perlawanan antara Tajikistan-Thailand di PJ (Stadium Arena Universiti Malaya) tidak dapat dijalankan serentak kerana hujan lebat dan padang tak boleh digunakan. Both matches must be played together. (Kedua-dua perlawanan perlu dijalankan serentak),” kataya. - UTUSAN ONLINE







sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola...ai-ramai-masuk-percuma-1.755309#ixzz5SD5IX9HN





.
 
Back
Top
Log in Register