BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aduan harga makanan mahal

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Perniagaan raih untung berlipat ganda ketika Ramadan dan Syawal.
< 1 / 1 >
KOTA BHARU - Bulan puasa baharu sahaja masuk hari kedua namun Persatuan Pelindung Pengguna (Pelindung) Kelantan telah menerima aduan berkaitan harga makanan yang dijual di bazar Ramadan.

Presidennya Ahmad Othman berkata, rata-rata pengadu menyuarakan rasa tidak puas hati berikutan kenaikan harga ketara membabitkan beberapa jenis makanan.

Menurutnya, bagi memastikan kebenaran aduan tersebut pihaknya akan melakukan melakukan tinjauan ke bazar-bazar Ramadan sekitar bandar ini dalam masa terdekat.

“Jika ada aduan kita akan turun padang buat tinjauan, jika benar berlaku harga melampau itu baru kita maklumkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

“Kita kena terima hakikat selepas perlaksanaan GST dan minyak baru-baru ini, boleh dikatakan kesemua barangan naik mendadak,” katanya.

Ahmad berkata, bagi mengelak pembaziran dan membeli makanan dengan harga yang tidak setimpal, beliau menasihatkan pengguna lebih bijak ketika berbelanja.

Tambahnya, kesan kenaikan harga itu sedikit sebanyak beri kesan kepada rakyat lebih-lebih lagi baharu sahaja pulih dari kesan banjir besar.

“Kira-kira 60 peratus rakyat di negeri ini adalah terdiri daripada orang susah. Membeli secara berhemah, jangan terlalu boros berbelanja lebih-lebih di bulan Ramadan bazarnya merata-rata,” katanya.
 
Klu fikir kontra nya benda ni bagus jgk...
Sbbnya?
Sbbnya bln puasa ni la manusia2 yg suka melantak ni buat mcm bulan pesta makan...
Org dari negara susah dtg ke negara kita time bln puasa terkejut tgk kt bazar Ramadhan, mereka ckp ni bln puasa ke bln melantak?
Bahasa lbh kurang mcm tu...
Ye la...patutnya bln puasa ni berpada2 belanja makan dan segala benda kena berpada2...
Sorg2 klu beli juadah berbuka penuh tgn...
Balik mkn tu sampai sakit perut sbb kenyang yg amat...
Lepas tu mula la liat nk beribadah...
Klu dh makanan mahal tu xperlu la kot nk mengadu apa...yg xmampu syukur la bli yg murah2 atau bli sedikit setakat mampu...
Kt situ buatkan kita terfikir kebaikannya...
 
Ahmad berkata, bagi mengelak pembaziran dan membeli makanan dengan harga yang tidak setimpal, beliau menasihatkan pengguna lebih bijak ketika berbelanja.

Ahmad Maslan ke ni...
 
kadang2 kena tgk kt mane dia jual. kalo jual kt tpt2 elite & kite yg tak elite ni g situ mmg le jadi mahal harganye.
 
tahun ni ke bazar beli sikit je sbb harga tak mesra pelanggan
at least boleh berjimat.
 
Back
Top
Log in Register