mohdshukortalib
Active Member
- Messages
- 1,852
- Joined
- Nov 15, 2011
- Messages
- 1,852
- Reaction score
- 222
- Points
- 33
Adobe telah secara rasmi mengumumkan perkhidmatan Cloud Creative yang datang bersama-sama dengan produk terbaru Adobe Creative Suite 6, semua produk Adobe Creative Suite 6 boleh didapati secara pre-order.
Langganan Cloud Creative adalah sebanyak US$ 49.99 sebulan, walau bagaimanapun, mereka yang kini mempunyai langganan Adobe atau Adobe CS3 melalui CS5.5 kini boleh mendapatkan diskaun langganan sebanyak US$ 29,99 sebulan selama setahun.
Adobe sebelum ini, telah pun melancarkan versi beta untuk aplikasi Adobe CS6, membolehkan pengguna mencuba dan memuat-turun perisian CS6 Beta secara percuma. Semestinya terdapat beberapa fungsi terbaru diperkenalkan untuk versi baru ini antaranya membawakan antaramuka yang serba-baru, prestasi yang lebih pantas, aplikasi tambahan, berserta beberapa sokongan lain. Selanjutnya perhatikan video dan infographics dibawah menerangkan fungsi terbaru yang terdapat pada perisian CS6.
