BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Admin 'group WhatsApp' boleh dipenjara

tak adil rasanya macam ni..
 
bila polis malaysia xde keje lain dan menteri pun xde keje..
 
Berhenti jadi admin jika gagal pantau WhatsApp

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Berhenti menjadi pentadbir (admin) sesebuah kumpulan WhatsApp jika tidak aktif memantau, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.


Pentadbir harus tegas dengan amalan “troll” dan penyebaran maklumat palsu selain memastikan 12 garis panduan dipatuhi atau berdepan tindakan undang-undang.

Katanya pentadbir juga harus menegur posting atau komen ahli kumpulan dan sentiasa menyemaknya serta menyekat ahli yang membuat posting atau komen jelik.

Mengikut laman web rasmi SKMM, pentadbir perlu memaklumkan kepada ahli kumpulan mengenai tujuan kewujudan kumpulan dan menyediakan peraturan asas.

Pentadbir dilarang menggalak, menghasut atau bersubahat terhadap komen jelik dan membenarkan perbincangan keluar daripada topik.

Pentadbir juga tidak boleh mengganggu atau menghalang siasatan pihak berkuasa dan mematuhi peraturan penyedia platform seperti Facebook, Telegram dan WhatsApp.


http://www.themalaymailonline.com/p...i-jadi-admin-jika-tidak-tegas-pantau-whatsapp
 
Berhenti jadi admin jika gagal pantau WhatsApp

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Berhenti menjadi pentadbir (admin) sesebuah kumpulan WhatsApp jika tidak aktif memantau, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

group whatsapp psl apa ni sampai serius sungguh tindakan nak diambik vs admin tu jika admin tak pandai pantau...

agenda apa la yg group whatsapp tu dok promote ni sampai besar sungguh tanggungjawab yg admin ni pikul...
 
lahabau punya skmm..punya la takde keje,sampai group whatapps pun nak [email protected] jd admin kalau tak leh pantau katanya...keruak ler ni..makin merepek jadi kat malaysia ni
 
lahabau punya skmm..punya la takde keje,sampai group whatapps pun nak [email protected] jd admin kalau tak leh pantau katanya...keruak ler ni..makin merepek jadi kat malaysia ni

ni kruak punye politik la ni... dier nk tunjuk yg dier wat keje kt jibby... nk kerusi pru... apedahal... cam x base politik mesia...:))
 
lepas ni sembang kat kedai kopi pun akan dipantau agaknya... hahaha
 
ni kruak punye politik la ni... dier nk tunjuk yg dier wat keje kt jibby... nk kerusi pru... apedahal... cam x base politik mesia...:))

Ada pro and cont.. kalau praktis arah betul boleh bendung fitnah etc.. tp kalau guna untuk control politik etc terok lah

tiba2 teringat scene ni

2185255_orig.jpg
 
Back
Top
Log in Register