BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Admin 'group WhatsApp' boleh dipenjara

Dah serius la tu sampai masuk ruangan berita :D

ku ingatkan berita angin jela...adakah aktiviti whatsapp kita ni dipantau macam dalam movie Snowden tu
 
jadi, esok pakat ramai-ramai beli nokia 3310 pulak. senang :D
 
silap2 admin CG pun boleh kena nie... jadi kita komen dan sebarkan info betul je...
 
Nanti pilihanraya akan datang semua group Whatsapp dijangka akan panas membara.

Itu mereka nak kawal sebelum jadi macam bila rakyat Malaysia mula2 dapat internet dulu.
 
betul, setuju ni. diorang nak kekang penyebaran/pendedahan ilmu/info berkenaan yg against kerajaan, yg tak menguntungkan kerajaan la sebenarnya..

selain pada tu, apa apa yg menjatuhkankan maruah org lain dan sebagainya...
 
Nanti pilihanraya akan datang semua group Whatsapp dijangka akan panas membara.

Itu mereka nak kawal sebelum jadi macam bila rakyat Malaysia mula2 dapat internet dulu.

ada betulnya . patut la beriya benar nak kawal
 
SKMM beri panduan kepada admin aplikasi sosial

image.jpg

KUALA LUMPUR 3 Mei - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan peringatan kepada para pentadbir kumpulan rangkaian atau aplikasi media sosial dan perhubungan tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan sebagai pentadbir.

Nasihat itu diberikan kepada pentadbir supaya mereka sentiasa prihatin terhadap peraturan serta syarat-syarat yang digariskan oleh penyedia platform, termasuk perlu menyemak komen diberikan.

Antara nasihat itu, pentadbir perlu memaklumkan kepada semua ahli kumpulan sebab utama kumpulan aplikasi pesanan itu diwujudkan dan menyatakan peraturan asas yang perlu, dan tidak menjadi pentadbir yang senyap atau tidak aktif.

Malah menurut suruhanjaya itu di dalam laman webnya, pentadbir patut mempertimbangkan untuk mengeluarkan mereka yang membuat komen yang jelik di dalam sesebuah kumpulan dan bukannya menggalak, menghasut dan bersubahat terhadap komen negatif yang dibuat.

Kenyataan dikeluarkan tersebut dilihat sebagai susulan kepada perkembangan baru-baru ini iaitu pentadbir sesebuah kumpulan aplikasi WhatsApp boleh diambil tindakan jika gagal menyekat penyebaran berita palsu.

Orang ramai boleh melayari laman web SKMM, https://www.mcmc.gov.my/media/announcements/peringatan-untuk-pentadbir-kumpulan bagi mengetahui lebih lanjut arahan dikeluarkan tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nas...tadbir-aplikasi-sosial-1.477081#ixzz4g24Hrncj
 
SKMM beri panduan kepada admin aplikasi sosial

KUALA LUMPUR 3 Mei - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan peringatan kepada para pentadbir kumpulan rangkaian atau aplikasi media sosial dan perhubungan tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan sebagai pentadbir.

Nasihat itu diberikan kepada pentadbir supaya mereka sentiasa prihatin terhadap peraturan serta syarat-syarat yang digariskan oleh penyedia platform, termasuk perlu menyemak komen diberikan.

Antara nasihat itu, pentadbir perlu memaklumkan kepada semua ahli kumpulan sebab utama kumpulan aplikasi pesanan itu diwujudkan dan menyatakan peraturan asas yang perlu, dan tidak menjadi pentadbir yang senyap atau tidak aktif.

Malah menurut suruhanjaya itu di dalam laman webnya, pentadbir patut mempertimbangkan untuk mengeluarkan mereka yang membuat komen yang jelik di dalam sesebuah kumpulan dan bukannya menggalak, menghasut dan bersubahat terhadap komen negatif yang dibuat.

Kenyataan dikeluarkan tersebut dilihat sebagai susulan kepada perkembangan baru-baru ini iaitu pentadbir sesebuah kumpulan aplikasi WhatsApp boleh diambil tindakan jika gagal menyekat penyebaran berita palsu.

berjaga jagalah mana mana Admin w/app ni, skmm dah keluar panduan dah ..
 
Mcm dah x der kije sgt... whatsapp tue untuk berbual2 aje tu pun sebok sgt... betul2 x der kije pak2 menteri kt malaysia nie... baik pikir mcm mane nk majukan negara...
 
Back
Top
Log in Register