BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Admin 'group WhatsApp' boleh dipenjara

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
wasups.jpg.transformed.jpg

merekakata.jpg.transformed.jpg


KUALA LUMPUR: Admin (pentadbir) kumpulan WhatsApp berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir terbabit.

Di bawah akta itu, pelbagai kesalahan boleh dikenakan tindakan seperti menyebarkan berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Pentadbir boleh dipanggil untuk membantu siasatan sama ada tindakan diambil terhadap individu terbabit bergantung kepada fakta dan keterangan bagi setiap kes.

"Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan memfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu (pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebar secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan," katanya kepada BH, semalam.

Jailani berkata, pentadbir kumpulan WhatsApp perlu lebih bertanggungjawab mengawal ahlinya supaya tidak menyebarkan maklumat palsu dan seharusnya menjadi gate keeper menapis berita tidak sahih sebelum berkongsi dalam kumpulan aplikasi berkenaan atau disebarkan di medium media sosial lain.

Laksana segera

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata cadangan mengenakan hukuman terhadap pentadbir perlu dilaksanakan segera.

Katanya, penyebaran maklumat palsu bukan sahaja menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat malah boleh menggugat keamanan negara.

"Di India, kerajaan negara itu memperkenalkan undang-undang baharu yang mana pentadbir kumpulan WhatsApp boleh dihukum penjara sekiranya ahli kumpulan terbabit menyebarkan berita palsu.

"Walaupun yang menyebarkan berita itu adalah daripada ahli kumpulan terbabit, namun pentadbir yang akan bertanggungjawab menerima hukuman kerana dia tidak menapis dan memadam terlebih dahulu berita palsu daripada terus disebarkan," katanya.

Mohd Yusof bagaimanapun berkata, hukuman yang bakal dikenakan terhadap pentadbir terbabit tidak seharusnya terlalu berat sebaliknya diberi amaran untuk kesalahan pertama.

Katanya, banyak pendekatan lain boleh diambil untuk memantau penyebaran maklumat palsu seperti Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Jenayah Komputer 1957 dan Kanun Keseksaan.


INFO:

# Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah - Hukuman penjara 2 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

# Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menyebarkan berita palsu - Denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

# Akta Hasutan 1948 - Penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

# Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 - Penjara mandatori antara satu hingga 7 tahun.


http://www.bharian.com.my/node/276393
 
Admin WhatsApp perlu ada tanggungjawab

Kuala Lumpur: Jika anda admin (pentadbir) kumpulan WhatsApp, anda perlu tahu apa yang dibolehkan dan apa yang dilarang, terutama berita yang disebarkan ahli kumpulan bagi mengelak anda dikenakan tindakan.


Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab, berkata admin perlu bertegas menghalang penyebaran berita palsu melalui WhatsApp.

Menurutnya, admin hanya akan didakwa jika siasatan mendapati beliau bersubahat atau gagal menyekat penyebaran berita palsu oleh ahli kumpulan.

“Tindakan undang-undang ini dibuat bukan sekadar untuk membendung ancaman jenayah siber, juga untuk membentuk tanggungjawab dalam kalangan admin dan ahli kumpulan bagi memastikan penularan berita palsu dikawal,” katanya.

Tambah Amirudin, admin mempunyai kuasa untuk menyekat penularan berita palsu.

“Jika undang-undang ini tidak dilaksanakan, perkara ini (berita palsu) akan berlarutan. Maka, admin perlu ada rasa tanggungjawab kerana mereka yang mempunyai kuasa menghalang dan mengawal penyebaran berita palsu ahli kumpulan mereka,” katanya.

Ahli kumpulan juga perlu memainkan peranan membantu admin menghentikan penyebaran berita palsu.

Menurut Amirudin, orang ramai boleh melayari laman web sebenarnya.my untuk memeriksa kesahihan sesuatu berita.

“Laman web ini usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Media Malaysia (SKMM) memastikan penularan berita palsu dibendung. Malah pengguna juga boleh membuat laporan di laman web ini jika menerima berita palsu daripada pihak lain,” katanya.

Amirudin berkata, admin dan ahli kumpulan yang bersubahat menyebarkan berita palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


http://www.hmetro.com.my/node/227501

Berhenti jadi admin jika gagal pantau WhatsApp

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Berhenti menjadi pentadbir (admin) sesebuah kumpulan WhatsApp jika tidak aktif memantau, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.


Pentadbir harus tegas dengan amalan “troll” dan penyebaran maklumat palsu selain memastikan 12 garis panduan dipatuhi atau berdepan tindakan undang-undang.

Katanya pentadbir juga harus menegur posting atau komen ahli kumpulan dan sentiasa menyemaknya serta menyekat ahli yang membuat posting atau komen jelik.

Mengikut laman web rasmi SKMM, pentadbir perlu memaklumkan kepada ahli kumpulan mengenai tujuan kewujudan kumpulan dan menyediakan peraturan asas.

Pentadbir dilarang menggalak, menghasut atau bersubahat terhadap komen jelik dan membenarkan perbincangan keluar daripada topik.

Pentadbir juga tidak boleh mengganggu atau menghalang siasatan pihak berkuasa dan mematuhi peraturan penyedia platform seperti Facebook, Telegram dan WhatsApp.


http://www.themalaymailonline.com/p...i-jadi-admin-jika-tidak-tegas-pantau-whatsapp

SKMM beri panduan kepada admin aplikasi sosial

image.jpg


KUALA LUMPUR 3 Mei - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan peringatan kepada para pentadbir kumpulan rangkaian atau aplikasi media sosial dan perhubungan tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan sebagai pentadbir.


Nasihat itu diberikan kepada pentadbir supaya mereka sentiasa prihatin terhadap peraturan serta syarat-syarat yang digariskan oleh penyedia platform, termasuk perlu menyemak komen diberikan.

Antara nasihat itu, pentadbir perlu memaklumkan kepada semua ahli kumpulan sebab utama kumpulan aplikasi pesanan itu diwujudkan dan menyatakan peraturan asas yang perlu, dan tidak menjadi pentadbir yang senyap atau tidak aktif.

Malah menurut suruhanjaya itu di dalam laman webnya, pentadbir patut mempertimbangkan untuk mengeluarkan mereka yang membuat komen yang jelik di dalam sesebuah kumpulan dan bukannya menggalak, menghasut dan bersubahat terhadap komen negatif yang dibuat.

Kenyataan dikeluarkan tersebut dilihat sebagai susulan kepada perkembangan baru-baru ini iaitu pentadbir sesebuah kumpulan aplikasi WhatsApp boleh diambil tindakan jika gagal menyekat penyebaran berita palsu.

Orang ramai boleh melayari laman web SKMM, https://www.mcmc.gov.my/media/announcements/peringatan-untuk-pentadbir-kumpulan bagi mengetahui lebih lanjut arahan dikeluarkan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nas...tadbir-aplikasi-sosial-1.477081#ixzz4g24Hrncj

Bukan admin sahaja, ahli grup pun sama boleh dipenjara

image.jpg


CYBERJAYA - Siasatan akan dijalankan sekiranya terdapat aduan terhadap kandungan yang disebarkan dalam mana-mana kumpulan aplikasi pesanan seperti 'WhatsApp', 'Wechat', 'Viber' dan 'Telegram' tersebut, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


SKMM dalam kenyataan berkata, perbualan dalam mana-mana kumpulan tersebut adalah bersifat persendirian namun adalah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi tersebut bagi membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan dan cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Suruhanjaya itu berkata, siasatan tidak akan membezakan antara pentadbir dan anggota kumpulan.

Justeru, pentadbir aplikasi atau anggota kumpulan diingatkan agar berwaspada dalam menyebarkan maklumat dalam kumpulan masing-masing supaya tidak terjadi kes penyebaran maklumat palsu.

"Jika pentadbir atau mana-mana anggota kumpulan didapati menyebarkan maklumat palsu, maka tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka," kata kenyataan itu hari ini.

​​​Penyebaran maklumat palsu merupakan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, katanya.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari sebelum ini dilaporkan berkata pentadbir atau admin kumpulan WhatsApp akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal mengawal anggotanya daripada menyebarkan maklumat palsu.

Menurut SKMM, berdasarkan fakta, bukti dan perlakuan, seorang pentadbir aplikasi mungkin dipertanggungjawabkan dalam beberapa keadaan.

Antaranya apabila pentadbir sendiri membuat komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 AKM 1998, katanya.

Pentadbir juga mungkin dipertanggungjawabkan apabila meminta komen daripada yang lain walaupun sendiri tidak melakukannya, dan pentadbir membantu, melalui hasutan, mana-mana orang lain dalam kumpulan untuk membuat komen serta pentadbir menghalang siasatan agensi penguatkuasa terhadap komen.

SKMM berkata, ia akan mempertimbangkan keperluan mengadakan garis panduan tentang penggunaan aplikasi pesanan.

"Pada masa yang sama, orang ramai digesa untuk sentiasa berhemah dalam penggunaan media sosial demi perlindungan mereka sendiri," katanya. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/nasional/bukan-admin-sahaja-ahli-grup-pun-sama-1.667103

Hukuman penjara: Admin grup Whatsapp `cuak’

KUALA LUMPUR 27 April - Keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang termasuk hukuman penjara kepada admin (pentadbir) kumpulan Whatsap sekiranya gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara mendatangkan perasaan cuak dan cemas kepada pelayar media sosial.


Pemilik akaun Facebook, Rayqal Hakiki berkata, dia sebagai pentadbir kumpulan beberapa Whatsapp tidak mampu mengawal mesej yang dihantar oleh rakan-rakannya dalam kumpulan itu malah keadaan lebih dasyat apabila video-video lucah turut dikongsi bersama.

“Ingat boleh kawal apa yang mereka kongsi? Semakin dahsyat adalah, seram tengok.” katanya dalam catatan ruang komen Facebook.

Manakala pemilik akaun Facebook, Nik-Khairuddin TE Tu mempersoalkan kewjaran untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap kumpulan Whatsap sahaja memandangkan terdapat pelbagai media sosial lain yang turut dijadikan platform menyebarkan berita palsu.

“Kalau admin (pentadbir) Whatsapp perlu dipenjara, bagaimana pula admin Facebook, Wechat dan sebagainya,” soal beliau.

Sementara itu, pemilik akaun Mohd Fareez turut mencadangkan agar bukan sahaja penyebaran berita palsu ditangkap malah perkongsian video lucah turut dikenakan tindakan yang sama.

“Terdapat banyak kumpulan Whatsap yang berunsur lucah. Justeru, kalau jadi group admin berkenaan boleh disabit dua kesalahan sekali rasanya.” katanya.

Bagi, pemilik akaun Airiz Sha II turut menyarankan agar semua ahli kumpulan Whatsap dijadikan sebagai admin memandangkan mereka mempunyai kuasa tersendiri untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang mendatangkan kemudaratan kepada mereka kelak.

Katanya, semua ahli kumpulan berkenaan perlu bertanggungjawab ke atas setiap apa perkongsian yang dilakukan di dalam kumpulan berkenaan.

“Letak semua orang dalam kumpulan jadi admin habis cerita. Tanggungjawab sama-sama pegang.” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nas...lan-whatsapp-cuak-8217-1.474790#ixzz4fQjegqLt

kah kah kah...abis semua taknak jadi admin...macam mana kalau ahli2 yg buat perangai, admin yg kena.....bengap tol keputusan....kalau camtu, mohon masuk group whatapps pak2 mentari, pastu sebar bukan2...biar pak2 mentari kena penjara
 
perbualan dalam sel penjara:

Banduan 1: kenapa kau masuk penjara?
Banduan 2: Sebab merogol.

Banduan 1: kenapa kau masuk penjara?
Banduan 3: Sebab membunuh.

Banduan 2 & 3: Kau pulak.. kenapa kau masuk penjara?
Banduan 1: Jadi admin group Whatsapp.:))
 
Hukuman penjara: Admin grup Whatsapp `cuak’

KUALA LUMPUR 27 April - Keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang termasuk hukuman penjara kepada admin (pentadbir) kumpulan Whatsap sekiranya gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara mendatangkan perasaan cuak dan cemas kepada pelayar media sosial.


Pemilik akaun Facebook, Rayqal Hakiki berkata, dia sebagai pentadbir kumpulan beberapa Whatsapp tidak mampu mengawal mesej yang dihantar oleh rakan-rakannya dalam kumpulan itu malah keadaan lebih dasyat apabila video-video lucah turut dikongsi bersama.

“Ingat boleh kawal apa yang mereka kongsi? Semakin dahsyat adalah, seram tengok.” katanya dalam catatan ruang komen Facebook.

Manakala pemilik akaun Facebook, Nik-Khairuddin TE Tu mempersoalkan kewjaran untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap kumpulan Whatsap sahaja memandangkan terdapat pelbagai media sosial lain yang turut dijadikan platform menyebarkan berita palsu.

“Kalau admin (pentadbir) Whatsapp perlu dipenjara, bagaimana pula admin Facebook, Wechat dan sebagainya,” soal beliau.

Sementara itu, pemilik akaun Mohd Fareez turut mencadangkan agar bukan sahaja penyebaran berita palsu ditangkap malah perkongsian video lucah turut dikenakan tindakan yang sama.

“Terdapat banyak kumpulan Whatsap yang berunsur lucah. Justeru, kalau jadi group admin berkenaan boleh disabit dua kesalahan sekali rasanya.” katanya.

Bagi, pemilik akaun Airiz Sha II turut menyarankan agar semua ahli kumpulan Whatsap dijadikan sebagai admin memandangkan mereka mempunyai kuasa tersendiri untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang mendatangkan kemudaratan kepada mereka kelak.

Katanya, semua ahli kumpulan berkenaan perlu bertanggungjawab ke atas setiap apa perkongsian yang dilakukan di dalam kumpulan berkenaan.

“Letak semua orang dalam kumpulan jadi admin habis cerita. Tanggungjawab sama-sama pegang.” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nas...lan-whatsapp-cuak-8217-1.474790#ixzz4fQjegqLt
 
baguslah..wujud satu cabang kerjaya baru..'admin wassap'.
bila dh kerjaya tu berisiko..kn lah bergaji..silap2 ada kwsp dan elaun lain satu hari nnti
 
Inilah susahnya bila Menteri terlajak bahlul
 
siapa yang buat salah dia patut kena .. admin fb relex je kaya raya ..
 
Back
Top
Log in Register