BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adinda Sultan Selangor mangkat

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
a0c312ea-01be-4a82-a69a-28d2ec4ba085.transformed.jpg

TENGKU Putri Sofiah Sultan Salahuddin.

SHAH ALAM, 8 Jun (Bernama) -- Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, hari ini.

Sumber dari Istana Selangor yang mengesahkan perkara itu berkata Almarhum Tengku Puteri Sofiah, 68, mangkat pada kira-kira 4 petang dan jenazahnya dibawa ke Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang untuk disembahyangkan.

"Majlis pemakaman jenazah Tengku Puteri Sofiah dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam di Seksyen 5 di sini pada kira-kira 10 pagi esok.

"Namun, tiada sebarang majlis istiadat negeri sempena kemangkatan Tengku Puteri Sofiah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berangkat menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam ini.

Bacaan surah Yasin dan doa selamat untuk Almarhum Tengku Puteri Sofiah turut diadakan. -- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1363055
 
Jenazah Tengku Puteri Sofiah disemadikan di Makam Diraja Shah Alam

kebumi_cropped_1496985248.jpg

Sultan Sharafuddin menyiram air di pusara Almarhum Tengku Puteri Sofiah. FOTO Roslin Mat Tahir

JENAZAH adinda Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 68, yang mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang petang semalam, selamat disemadikan jam 11 pagi ini di Makam Diraja Shah Alam.

Kira-kira 1,000 orang terdiri daripada kerabat diraja, Orang Besar dan rakyat jelata hadir pada upacara pemakaman itu untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum adinda Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Jenazah Tengku Puteri Sofiah dibawa masuk ke makam menggunakan pengusung diraja oleh anggota Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan diiringi Jejawat Diraja sambil diseliakan Bentara Diraja.

Turut mengiringi jenazah adalah Sultan Sharafuddin dan Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda, Tengku Amir Shah.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu, jenazah Tengku Puteri Sofiah selamat disiram dan disembahyangkan dengan diimamkan oleh Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Almarhum Tengku Puteri Sofiah yang juga anakanda kedua Almarhum Sultan Salahuddin meninggalkan tiga anak dan dua cucu.

Anak sulung Almarhum, Raja Jasrill Ashrull Raja Jaafar, 37, berkata, bondanya menghembuskan nafas terakhir jam 3.10 petang semalam akibat komplikasi buah pinggang dan hati.

http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...-sofiah-disemadikan-di-makam-diraja-shah-alam

JENAZAH Adinda kepada Sultan Selangor, Allahyarhamah Tengku Putri Sofiah diusung oleh anggota Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jejawat Istana sebaik tiba di Makam Diraja Shah Alam. - Foto Muhammad Sulaiman

01_cropped.transformed_44.jpg
 
innalillah.

sekali bertudung nampak mcm makcik jual kuih tepi jalan.

mungkin ni sebab kebanyakan pompuan berdarah raja ni hidup kebaratan sebab nak membezakan diri mereka dgn org kebanyakan.
 
Back
Top
Log in Register