TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,605
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,605
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Ainul Mardhiah, selamat tiba di di London, hari ini untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan di salah sebuah hospital di sana.
KUALA LUMPUR - Bayi perempuan yang mengidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah, selamat tiba di di London, hari ini untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan di salah sebuah hospital di sana.
“Assalamualaikum, alhamdulillah syukur kepada Allah, kami selamat tiba di London,” demikian kemaskini terbaharu bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, di laman Facebook, 2.35 petang waktu Malaysia.
Bagaimanapun, setakat ini tidak dinyatakan bila dan di hospital mana Ainul akan dirujuk untuk mendapatkan pemeriksaan serta rawatan.
Ahmad juga berkongsi kelegaan melihat anaknya berada dalam keadaan baik sepanjang penerbangan ke London.
“Ainul telah berjaya melepasi risiko di atas kapal terbang dengan jayanya tanpa sebarang masalah, doktor berjaya menjaganya dengan baik, awak seorang pejuang, sikit lagi kakak,” tulisnya.
Dilaporkan perjalanan Ainul bersama bapa dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) semalam turut diiringi dua pakar bius dari hospital swasta di negara ini.
Terdahulu, kes Ainul yang mendapat liputan meluas media tempatan, mendapat perhatian Dr Nur Amalina, doktor pakar pelatih surgikal kelahiran Malaysia yang bertugas di hospital United Kingdom.
Dr. Amalina seterusnya menyatakan hasrat untuk membantu proses rawatan Ainul serta cuba mengubungi beberapa kenalannya daripada pelbagai bidang berkaitan masalah yang dihadapi bayi itu.
http://www.kosmo.com.my/negara/ainul-mardhiah-selamat-tiba-di-london-1.907697
![]()
‘Selain Dr Amalina Inilah Hero-Hero Mulia Dalam Misi Pmbedahan Tum0r Ainul Mardhiah’ Sebak Nukilan Abadi Dari Bapa Ainul Mardhiah.June 12, 2019
Berita kejayaan pembedahan buang tum0r adik Ainul Mardhiah yang dijalankan di sebuah hospital di London menyentuh hati rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Pembedahan membuang tumor seberat 200g yang memakan masa selama 5 jam nyata berbaloi meskipun pelbagai cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuh dalam memberikan sinar kehidupan buat adik Ainul.
![]()
Video,Seluruh Rakyat Malaysia Merindui Senyuman Dari Adik Ainul Mardhiah.
Ramai berterima kasih kepada Dr Amalina atas pertolongan dan jasa baiknya selepas dia mendapat tahu mengenai pnyakit dihidapi adik Ainul.
Namun ramai tak tahu rupanya banyak lagi insan-insan mulia yang membawa ‘kehidupan’ dan keceriaan kepada anak kecil ini, seperti yang dikongsikan bapa Ainul, Ahmad Saifuddin Ahmad Razak difcebooknya.
![]()
Selain Dr Amalina, ainul juga ada aunty2-aunty barunya di sini yang juga banyak membantu kami sekeluarga. Mereka semua adalah Doktor doktor yang hebat.
Selain Dr Amalina, ainul juga ada aunty2 barunya di sini yang juga banyak membantu kami sekeluarga, mereka semua. Doktor atas flight dan pegawai perubatan di UK Mereka lah kiriman Tuhan kepada kami, memudahkan urusan kami, hanya minta kami fikir dan fokuskan kepada ainul sahaja..
Special thanks to Dr Jaseem ( Avisena ) and Dr Guna ( SJMC ) yang merupakan Doktor dari Malaysia yang menguruskan transfer ainul dari Malaysia ke London. Tugas mereka sangat berat kerana perlu memastikan ainul selamat ketika dalam perjalanan ( penerbangan 13 jam ). Alhamdulillah, Doktor berdua ini dapat hantar ainul di depan pintu hospital dengan selamat dan berjaya
Dr Atas Flight dan Pegawai Perubatan dari UK.
Dan, Dr Razin ( Medical Director MAS ) yang bantu untuk membenarkan ainul lepas untuk menaiki flight. Dr Razin and team Mas banyak juga ambil tempat dalam menjayakan Ainul ke London. Special thanks dekat Pilot yang bawa ainul termasuk crew cabin yang banyak bantu kami di atas flight.
Setibanya kami di london, kami sekeluarga telah dijemput oleh Dr Fahja ( Anaes, UK ), Dr Najmiah ( anaes, UK ), Prof Dr Faridah ( Lect, UK ) dan Encik Jeffri wakil dari Kedutaan Malaysia termasuk wakil dari MAS London. Sepupu saya dari malaysia juga turut menemani kami dari malaysia, Dr Ruhaiza dari Hospital Melaka.
Merekalah kiriman Allah SWT pada kami.
Mereka ini adalah kakak kakak kami di sini. Mereka bantu uruskan dari segi penginapan, makanan, dan sentiasa menyokong dan memberikan kata kata semangat buat kami suami isteri. Mereka lah kiriman Tuhan kepada kami, sentiasa memudahkan urusan kami. Mereka hanya minta kami fikir dan fokuskan kepada ainul sahaja, the rest mereka uruskan. Baik sungguh hati.
Walaupun mereka semua sibuk dengan kerja dan keluarga masing masing, tapi sentiasa curri masa untuk bersama kami dan ainul di hospital.
Kami sangat-sangat gembira dengan Allah bila DIA telah kirimkan kepada kami pelbagai jenis manusia yang baik hati supaya dapat memudahkan segala urusan kami di sini.
Terima kasih yang tak terhingga Kak Fahja, Kak Mie, Kak Faridah, Aunty Haliza, Aunty Zahrah, Kak Sir, Aunty Sabariah, Wakil Kedutaan Malaysia,Encik Jeffri dan Dr Shafie.
Kami sangat terhutang budi dengan kalian semua. Ternyata ramai pihak yang menghulurkan bantuan sekaligus meringankan beban keluarga Ainul sepanjang mendapatkan rawatan di sana.
Ahmad Safiuddin berkata, dia turut berterima kasih kepada semua doktor pakar, pegawai perubatan, pihak syarikat penerbangan, kedutaan serta ahli keluarganya dalam misi dari Malaysia ke London.
Jom kita saksikan wajah-wajah ‘Hero’ Ainul Mardhiah.
![]()
![]()
Dr Jaseem dan Dr Guna.
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Semoga Allah swt membalas segala jasa dan budi baik mereka yang telah membantu melancarkan usaha untuk membuang tum0r adik Ainul Mardhiah.
sumber : fb Ahmad Safiuddin kredit lobahmerah
https://coretanmedia.com/2019/06/12...i7PH0u1gbKmrl074aEqhLy4HgjyHb4ykWyXIPonEuTOm0
Buah Hati’ Malaysia Akan Dipindahkan Ke Wad Biasa
June 13, 2019
![]()
‘Buah hati’ Malaysia yang sering mendapat perhatian dan kasih sayang ramai, Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan selasa lalu bagi membuang tumor di bahagian mulutnya seberat 200 gram.
Ramai pastinya tidak sabar menantikan perkembangan terkini Ainul. Besar harapan dan doa rakyat Malaysia agar anak syurga itu akan terus sihat dan urusannya dipermudahkan sehingga dia benar-benar sembuh.
Terkini, ayah kepada Ainul Mardiah, Ahmad Safiuddin telah berkongsi luahan yang membuatkan ramai menarik nafas lega mendengar keadaan terkini Ainul. Ikuti perkongsian Safiuddin seperti di bawah.
Update :
Keadaan ainul semakin baik. Jika esok keadaannya baik atau bertambah baik seperti hari ini, Ainul akan dipindahkan ke Wadnya yang biasa.
Kata nurse yang menjaga ainul di PICU tadi :
“Hari ini saya nampak dia senyum. Kuatnya dia!”
![]()
Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan syukur atas perkembangan positif tersebut.
”Tak sabar tengok Ainul membesar macam baby lain”
![]()
”Bergenang air mata mendengar perkhabaran terbaru Ainul Mardhiah”
![]()
”Biar lama pun, janji Ainul sihat”
![]()
Terdahulu, bapa kepada Ainul iaitu Ahmad Safiuddin memberitahu anaknya sudah sedar namun masih dirawat di unit rawatan rapi sebelum dipindahkan ke wad biasa.
![]()
![]()
http://citemalaya.website/2019/06/1...bkvd1_PzZXDhHZTcaBm__WhClawHSls5I1WOF_iYb4pO0
Tumor Ainul Mardhiah berjaya dikeluarkan
Diterbitkan Hari ini 8:48 malam | Dikemaskini Hari ini 8:48 malam
![]()
![]()
Selepas mengharungi detik getir selama lima jam di dewan pembedahan, sekumpulan doktor pakar berjaya mengeluarkan tumor seberat 200 gram dari mulut Ainul Mardhiah di London.
“Alhamdulillah, Ainul, kamu budak yang kuat! Selepas lima jam bertarung di dewan bedah, tumor (seberat 200gram) berjaya dikeluarkan. Anda takkan dapat bayangkan betapa berdebarnya saya dalam dewan bedah.
“Budak yang begitu kecil, dan cantik- Jangan bimbang, semua orang di sini untuk membantu kamu", coret salah seorang doktor yang menyertai pembedahan tersebut, Dr Nur Amalina Che Bakri ketika berkongsi khabar gembira itu di Instagram miliknya.
Kata Amalina, memandangkan pembedahan itu merupakan pembedahan berisiko tinggi, banyak persediaan perlu terlebih dahulu dilakukan bagi memastikan keselamatan Ainul.
Tambahnya, pasukan pakar yang mengendalikan pembedahan Ainul melibatkan pelbagai pakar bedah daripada pelbagai bidang termasuklah kraniofasial, plastik, serta perunding leher dan kepala, diketuai Prof David Dunway dan Mr Juling Ong.
“Mereka ini pakar dalam bidang masing-masing. Saya sangat berbangga menjadi sebahagian daripada pasukan pembedahan ini,” katanya yang turut memaklumkan Ainul kini berada dalam keadaan stabil.
Selain itu, Amalina turut meminta semua pihak agar mendoakan kesihatan dan pemulihan Ainul.
“Apabila saya keluar dari dewan bedah dan ternampak ibu bapa Ainul, saya tak dapat kawal perasaan saya. Bercampur-baur. Ini adalah perjalanan yang sungguh beremosi dan memberikan semangat buat saya.
“Ainul, Wani dan Safi (ibu bapa Ainul) sudah seperti keluarga saya sendiri. Mari kita doakan pemulihan Ainul. Terima kasih atas doa semua pihak,” tambahnya lagi.
Penderitaan Ainul, sembilan bulan, yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila kisahnya tular di media sosial.
Banyak pihak menghulurkan sumbangan bagi membantu Ainul mendapatkan rawatan penyakitnya itu.
Ainul bersama ibu dan bapanya berlepas ke London dan selamat tiba pada 24 Mei lalu bagi tujuan pembedahan tersebut.
Ainul dibawa ke dewan bedah pada jam 11 pagi semalam, waktu tempatan.
https://www.malaysiakini.com/news/479252