BTC USD 62,496.3 Gold USD 4,319.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ADIF bantu pelopor perkhidmatan digital

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Najib (empat, kiri) menyaksikan pertukaran dokumen antara Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP), Jamaludin Bujang (tiga, kiri) dengan Jamaludin Ibrahim (empat, kanan) selepas menandatangani perjanjian antara Kumpulan Axiata Berhad (Axiata) dan MAVCAP untuk menubuhkan dana modal teroka bernilai RM100 juta yang dinamakan Axiata Digital Innovation Fund (ADIF) atau Dana Inovasi Digital Axiata, semalam.


AXIATA Group Berhad (Axiata) dan Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) menandatangani perjanjian menubuhkan dana modal teroka bernilai RM100 juta dinamakan Dana Inovasi Digital Axiata (ADIF).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim berkata, dana baharu itu bagi membimbing golongan bumiputera dan pelopor perkhidmatan digital Malaysia.

“Dana ini memperuntukkan sebanyak 70 peratus kepada bumiputera dan selebihnya kepada bukan bumiputera. Dana modal teroka korporat digital terbesar ini bertujuan menggalakkan inovasi serta pertumbuhan ekosistem digital Malaysia.

“Kita menjangkakan sebanyak 10 hingga 15 syarikatmenerima dana baharu ini. Syarikat yang berminat untuk memohon dana baharu ini perlu memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan antaranya mempunyai produk dahulu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian antara dua syarikat tersebut, di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Jamaludin berkata, Axiata memperuntukkan sejumlah RM50 juta kepada ADIF manakala MAVCAP menyalurkan RM20 juta untuk fasa satu dan bakinya akan diperolehi daripada pelabur utama lain.

“Setakat ini, kita belum mengenal pasti pelabur baharu yang akan melabur sebanyak RM30 juta kepada ADIF. Dana ini menyokong matlamat kerajaan membina kebolehan dan kepakaran syarikat teknologi tempatan.

“ADIF akan membantu syarikat mempunyai produk inovatif dan menepati keperluan pasaran bagi sektor perkhidmatan digital,” katanya.

Katanya, dengan lebih 13 juta pelanggan di Malaysia dan lebih 250 juta di seluruh Asia, usahawan perkhidmatan digital akan diberi peluang meneroka pasaran melalui pembiayaan dan jalinan serantau.

"Menjelang 2020, Axiata berharap memajukan dan membiayai sejumlah besar perniagaan perkhidmatan digital Malaysia serta membina lima hingga 10 syarikat peneraju serantau," katanya.
 
Back
Top
Log in Register