xpayah sumber dah...aku masa spm dulu...aku tau berapa markah je yg aku patut dpt tuk exam tu.sbb aku tau laa berapa byk soalan yg aku leh buat.kalo ikut skema betul.memang konpem gagal.tapi bila kuar result dpt lulus P8.perkara ni dah lama berlaku.masalahnya makin menjadi2 pula.pada aku biarlah skema yg sebenarnya digunakan.barulah kita leh ukur n bezakan pelajar mana yg betul2 bijak.biar pelajar merasa pahitnya menerima kegagalan.tekanan lepas kegagalan itu akan membangkitkan kehendak tuk berubah n berusaha tuk berjaya.kebanyakan org yg berjaya,adalah mereka yg pernah merasai kegagalan itu.SPM sepatutnya jadi kayu ukur tuk memilih pelajar yg betul2 layak ke Universiti n kolej.bukan jadi alat tuk biar semudah-mudahnya pelajar lulus supaya mudah masuk U n kolej.hakikatnya pendidikan dimalaysia telah diniagakan.ramai masuk U n kolej.makin ramai laa yg pinjam loan.hbs belajar.dah mula kena byr hutang.kalo xhbs belajar.tetap kena byr hutang.korang fikirkanlah... U n kolej makin bertambah.jumlah yg masuk U n kolej juga bertambah.tapi kita masih juga kurang tenaga kerja pakar mcm doktor,jurutera,cikgu, n lain2 lagi.mana p semua budak2 ni.berjaya ke atau tersungkur.gagal masa spm.ada peluang tuk ambik spm balik.kos pun xmahal.gagal kat U/kolej.hutang nak kena bayar.kalo pakai duit sendiri.beribu-ribu ringgit dah tentu hangus mcm tu jer.jadi fikirkanlah...