BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ADB Terbit Bon Panda Terbesar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,421
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,421
Reaction score
321
Points
141
1432fb4e0cb298809c14838b5bf815de5f7d7def922aa


Bank Pembangunan Asia (ADB) mengumumkan pada Isnin kejayaan penerbitan bon bernilai 8.3 bilion yuan China (kira-kira US$1.15 bilion), sekali gus memperoleh modal besar bagi menyokong projek pembangunannya untuk peminjam berdaulat dan sektor swasta, lapor Xinhua.

Bon tiga tahun itu, yang merupakan penerbitan Bon Panda terbesar ADB setakat ini dan dikeluarkan pada 17 Mac 2025, membawa kadar kupon sebanyak 1.81 peratus.

Bon Panda ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan ADB untuk mempelbagaikan sumber pembiayaannya serta memanfaatkan pasaran modal mata wang tempatan yang semakin berkembang di Asia dan Pasifik.

Dana yang diperoleh akan digunakan untuk membiayai pelbagai projek bertujuan mempromosikan pembangunan inklusif dan mampan dalam kalangan anggota ADB.

Bendahari ADB Tobias Hoschka berkata penerbitan Bon Panda terbaharu ini mencerminkan permintaan kukuh terhadap peluang pelaburan berkualiti tinggi dan mampan dalam pasaran bon China.

"Hasil daripada penerbitan ini akan menjadi pemangkin penting dalam misi kami untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan di rantau ini," katanya.

 
Back
Top
Log in Register