balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Keratan Sinar Harian 20 Disember.
< 1 / 1 >
SEREMBAN – Bantuan kewangan untuk adik Muhammad Adam Hamka Norisam baru sahaja mencecah RM10,000, dan dia masih memerlukan RM30,000 sebelum pembedahan dijalankan.
Ibunya, Khairiyah Shamsudin, 37, berkata, anak ketiganya itu, kini berada dalam keadaan sihat dan stabil, walaupun masih dirawat dekat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur.
Katanya, keperluan tidak mendesak supaya Adam dibedah segara, memandangkan usianya terlalu kecil untuk menjadi pembedahan.
“Doktor nasihatkan, umurnya tiga ke enam bulan, barulah mereka boleh menjalankan pembedahan terhadap Adam dan saya berharap wang untuk kos pembedahannya dapat di kumpulkan.
"Saya sangat bersyukur bantuan yang diberi tidak pernah berhenti dan saya berdoa agar akan ada cahaya dan semangat baru buat Adam tidak lama lagi,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, suaminya kini masih tidak bekerja, berikutan terpaksa menguruskan urusan persekolahan dua lagi anaknya yang tinggal di Rantau, Seremban.
Katanya, biarlah dia mereka terpaksa bersusah-payah, asalnya anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna.
“Saya bersyukur dan reda dengan setiap dugaan Tuhan yang diberikan kepada kami sekeluarga, semoga ada hikmah di sebalik ujian ini.
“Harapan untuk melihat Adam pulih sangat tinggi, malah sebagai seorang ibu saya yakin Adam kuat dan mampu menempuh segala dugaan yang diberi,” katanya.
Terdahulu, pada 20 Disember lalu, Sinar Harian ada melaporkan kisah seorang bayi yang menghidap penyakit Crouzon Syndrome atau menghidap penyakit kecacatan pada muka dan tengkorak kepala, sehingga menyebabkan matanya sedikit terkeluar berbanding bayi normal.
Selain mengalami kecacatan tengkorak dan raut wajah yang pelik, Adam juga mengalami masalah tulang belakang dan sukar bernafas serta tidak mengeluarkan suara ketika menangis.
Orang ramai yang bersimpati dengan Adam, mereka boleh menghulurkan bantuan melalui akaun BSN di nombor, 0510-2290-0013-9274, atau menghubungi Khairiyah di talian 011-2326 6907 untuk mendapatkan keterangan lanjut.