BTC USD 83,837.0 Gold USD 4,157.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adam-Muhammad saw...Timeline

Untuk pengetahuan, umur-umur nabi-nabi terdahulu kebanyakkan maklumat kisah nabi ini diambil dari kisah-kisah Israeliat. Ini kerana di zaman para nabi, sahabat dahulu, telah ada bangsa arab beragama Kristian dan Bible berbahasa arab juga telah ada. Sebagai contoh di sini saya petik dari Bible King James Version sendiri:

Nabi Adam Alaihissalam
Genesis 5:5 And all the days that Adam lived were nine hundred and thirty years: and he died.

Nabi Sheeth Alaihissalam
Genesis 5:8 And all the days of Seth were nine hundred and twelve years: and he died.

Nabi Idris Alaihissalam
Genesis 5:23 And all the years of Enoch's life were three hundred and sixty-five
Genesis 5:24 And Enoch went on in God's ways: and he was not seen again, for God took him.

Nabi Nuh Alaihissalam
Genesis 9:29 all the years of his (Noah) life were nine hundred and fifty: and he came to his end.

Nabi Saleh Alaihissalam
Genesis 11:15 And after the birth of Eber, Shelah (Saleh) went on living for four hundred and three years, and had sons and daughters:

Nabi Ibrahim Alaihissalam
Genesis 25:7 Now the years of Abraham's life were a hundred and seventy-five.
Genesis 25:8 And Abraham came to his death, an old man, full of years; and he was put to rest with his people.

Nabi Ishak Alaihissalam
Genesis 35:28 And Isaac was a hundred and eighty years old.
Genesis 35:29 Then Isaac came to his end and was put to rest with his father's people, an old man after a long life: and Jacob and Esau, his sons, put him in his last resting-place.

Nabi Yusof Alaihissalam
Genesis 50:26 So Joseph came to his death, being a hundred and ten years old: and they made his body ready, and he was put in a chest in Egypt.

Nabi Musa Alaihissalam
Deutronomy 34:7 And Moses at his death was a hundred and twenty years old: his eye had not become clouded, or his natural force become feeble.

Nabi Daud Alaihissalam
Job 42:16 And after this Job had a hundred and forty years of life, and saw his sons, and his sons' sons, even four generations.
Job 42:17 And Job came to his end, old and full of days.

Ini adalah kisah-kisah dari Israeliat yang terdapat di dalam Bible mereka sekarang. Ada yang diceritakan dan ada yang tidak. Jadi maklumat jangka hayat, tahun berapa, di mana, sebenarnya tak penting dan tak mengubah apa-apa pun. Yang penting, setiap nabi-nabi yang dikisahkan di dalam Bible itu sendiri mengajak umat manusia di zaman itu untuk menyembah Allah yang satu. Takda dua atau tiga. Yang mengajar Kristian supaya percaya Tuhan itu tiga adalah Paul, hidup di zaman nabi Isa Alaihissalam tetapi tak pernah jumpa nabi Isa pun.

Oleh itu ulama-ulama terdahulu mengambil maklumat ini dari pengkisahan orang-orang Yahudi dan penganut Kristian di zaman mereka.
 
Thank sebab provide info nie Thread Starter, jadi, boleh ke kita percaya jika sumber dari kisah kisah Israeliat nie?

Luqmanul Hakim @ CariGold.com​
 
Maklumat ni nak percaya boleh tak percaya pun boleh. Tak merosakkan akidah pun. Yang penting Islam mengiktiraf kesemua nabi-nabi ini maksum, tak berdosa dan membawa seruan yang sama, Tauhid dan MengEsakan Allah. Bukan macam kristian yang menghina nabi-nabi ini dengan tingkah laku tidak sopan.
 
kalau ikut timeline ni, nabi mana yg pernah berselisih semasa hayatnya?
klu ada gambar lagi cantik tt..
 
ada antara maklumat ni sahih,ada yg berunsur Israeliyat..ada yg langsung xkena mengena...yg berbeza sama sekali dalam Bible pon ada...
apapun...ni antara cara utk mengira....
xmrosakn akidah pun..:)

tq utk suma post yg bmanfaat...
 
payah betul aku nak caya benda2 cam nie... takkan lah nabi adam hidup tahun 60,000 bc, abis tulang2 perak man yang diradionkarbonkan menceah usia 100,000 tahun.. cam ner tu ek?

Nk dcritakan agk ssh...
ni link dia...boleh baca klu nk hujah yg lengkap...
:)cgrock
http://tamaduninternet.blogspot.com/2012/09/perdebatan-makhluk-sebelum-adam.html

Saya mempunyai tiga pandangan.

1. Dinosaur
2. Makhluk seiras manusia tetapi belum boleh didefinasikan sebagai manusia
3. Para jin

“Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat) berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…“ (Surah Al Baqarah: 30)

Jika saya mengatakan bahawa terdapat makhluk sebelum manusia yang iras-iras manusia tetapi tidak dipanggil sebagai manusia bukanlah mengatakan bahawa saya ini menyokong teori Darwin, tidak sama sekali. Bahkan saya antara orang yang menentang sekeras-kerasnya teori Darwin. Bahkan saya pernah menulis sebuah artikel yang menjatuhkan teori Darwin.

Boleh baca di sini: http://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/atheisme-darwinisme-dan-sains/271137732939286

Saya percaya bahawa kewujudan makhluk ini tidak layak dipanggil sebagai manusia memandangkan bahawa manusia itu makhluk yang dikurniakan oleh ALLAH dengan akal dan nafsu. Tetapi makhluk yang wujud ini tidak mempunyai akal.

Dari ayat Al-Baqarah 30, banyak mengundang pertanyaan, siapakah makhluk yang berbuat kerosakan yang dimaksud oleh malaikat pada ayat di atas. Dalam kajian Arkeologi, berdasarkan fosil yang ditemukan, memang ada makhluk lain sebelum manusia. Mereka nyaris seperti manusia, tetapi memilki karakteristik yang sangat primitif dan tidak berbudaya.

Saiz otak mereka ini sebenarnya lebih kecil daripada manusia. Atas sebab itu juga, kemampuan mereka berbicara sangat terbatas kerana tidak banyak bunyi konsonan yang mampu disebut. Kelompok makhluk ini kemudian dinamakan oleh para arkeologi sebagai Neanderthal.

Sebagai contoh, Pithecanthropus Erectus memiliki saiz otak dalam 900 cc, sementara Homo sapiens memiliki saiz otak diatas 1000 cc (otak kera maksimun sebesar dalam 600 cc). Maka daripada penemuan-penemuan di atas, boleh dikatakan terdapat makhluk lain yang pernah wujud di atas muka bumi ini sebelum nabi Adam. Tetapi, mereka ini tidak layak dipanggil sebagai manusia.

Nama makhluk yang diungkapkan para ahli arkeologi diatas kemudian dikaitkan pada pendapat para cedekiawan Islam dan para ulamak seperti Ibnu Jazir dan Ibnu Katsir. Dalam kitab karangan Ibnu Katsir, beliau mengatakan: "Yang dimaksud dengan makhluk sebelum Adam diciptakan adalah Al-Jan yang suka berbuat kerusakan."
 
Back
Top
Log in Register