BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adam Lambert sertai "Glee"

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
adam+lambert.jpg


Penyanyi terkenal dan alumni "American Idol", Adam Lambert bakal menyertai siri televisyen popular "Glee", seperti diumumkan oleh pencipta bersama siri tersebut, Ryan Murphy.

"Saya teruja untuk mengumumkan bahawa penyanyi berbakat Adam Lambert akan menyertai barisan pelakon "Glee" pada musim luruh ini," kata Murphy seperti dipetik dari Billboard.com.

Walaubagaimanapun maklumat tentang watak Lambert masih belum diketahui. Wakil daripada studio 20th Century Fox Television dan Fox juga tidak meriliskan maklumat sekiranya ia adalah watak tetap atau sekadar jemputan.

Khabar gembira ini disambut baik oleh penyanyi berusia 31 tahun itu. Sebelum ini Lambert pernah memberitahu The Hollywood Reporter pada Januari 2012 bahawa dia merasakan siri tersebut sangat comel dan menggambarkan kehidupan seorang remaja seni di sekolah.

Sebelum ini alumni "American Idol", Jessica Sanchez turut pernah membintangi "Glee" dalam beberapa episod.
 
Back
Top
Log in Register