BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Crypto Chat, News Adakah sama kisah monyet ini dengan matawang kripto

cotek21

Active Member
Messages
1,577
Joined
Dec 28, 2020
Messages
1,577
Reaction score
537
Points
81
Diceritakan terdapat banyak monyet liar (matawang kripto) berdekatan sebuah kampung.
Suatu hari datang seorang peniaga ingin membeli monyet2 (matawang kripto) berkenaan. Dia memaklumkan kepada orang kampung akan membeli setiap ekor monyet (matawang kripto)dengan harga RM100 seekor. Orang kampung fikir peniaga ini pasti gila kerana bagaimana sanggup dia membeli RM100 seekor?
Tapi nak dijadikan cerita, ada yang pergi tangkap dan peniaga ini membayar RM100 seekor.
Berita ini menjadi viral dalam sekelip mata. Dan masing2 pergi memburu monyet (matawang kripto) dan menjualnya kepada peniaga tersebut. Sehingga pada suatu hari peniaga tersebut membuat pengumuman akan membeli setiap ekor monyet (matawang kripto) harga RM200 seekor.
Penduduk menjadi tak senang duduk. Ke sana ke mari memburu saki baki monyet (matawang kripto) yang ada. Dan mereka berjaya menjualnya pada peniaga tersebut dengan harga RM200 seekor.
Kemudian peniaga tersebut membuat satu lagi pengumuman yang mengejutkan. Kali ini dia sanggup membeli RM500 seekor. Penduduk dah naik sasau sampai tak tidur memburu monyet2 (matawang kripto) yang masih ada. Hanya terdapat lebihkurang enam atau tujuh ekor sahaja yang berjaya ditangkap dan semuanya berjaya dijual kepada peniaga tersebut.
Orang kampung menunggu dengan penuh harapan apakah pengumuman yang bakal dibuat oleh peniaga tersebut selepas ini. Kemudian peniaga ini membuat satu pengumuman…
Dia akan pulang ke kampungnya selama seminggu dan bila balik nanti dia akan membeli monyet2 (matawang kripto) yang berjaya ditangkap dengan harga RM1000 seekor. Terkejut beruk orang kampung!
Dia menyuruh pekerjanya menjaga monyet2 (matawang kripto) yang telah ditangkap di dalam kurungan. Hanya dia seorang sahaja yang menjaga kesemua monyet2 (matawang kripto) di dalam kurungan itu.
Peniaga tadi pun pulanglah ke kampung halamannya…
Penduduk kampung sangat kecewa kerana tiada lagi monyet2 (matawang kripto) yang boleh ditangkap untuk dijual dengan harga RM1000 seekor. Sehinggalah pada satu hari pekerja tadi memberitahu orang kampung bahawa dia sanggup menjual secara rahsia monyet2 (matawang kripto) dalam kurungan dengan harga RM700 seekor. Orang kampung akan dapat untung RM300 atas seekor monyet yang terjual. Berita ini viral sepantas kilat.
Keesokkan pagi penduduk kampung dah siap beratur. Rupa2nya ada dah yang siap bawak khemah tidur kat depan kandang sejak semalam. Panjangnya melangkaui 3 deretan kedai (kalau di bandar).
Pekerja tersebut berjaya menjual kesemua monyet2 (matawang kripto) yang ada di kandang tersebut dengan harga RM700 seekor. Apa tidaknya, orang kaya membeli dalam pukal, orang miskin pula ada yang membuat pinjaman dari AhLong untuk membeli monyet2 (matawang kripto) tersebut.
Orang kampung membawa balik monyet2 (matawang kripto) yang dibeli tadi dan menunggu peniaga balik dari kampungnya.
Tetapi tiada siapa balik…

depa sudah lama rancang, kita saja yang lalai. tunggulah suatu masa (matawang kripto) akan menerima nasib sama seperti kisah monyet ini
 
sebenarnye matawang crypto major mcm TRN,BTC nie berguna untuk buat transaksi yang pantas dgn teknology dan ekosistem yang baik

yg meme coin nie mmg ikut cerita monyet nie
 
Binance yang bekukan...kuat pengaruh israel
Tu baru sikit.
Lebih dari tu pun israel mampu buat.

Israel tak akan brnarkan sesuatu yg mengugat, mengatasi keupayaan nya. Mereka tak akn benarkn kuasa lain maharalela tanpa kawalan mereka
 
Back
Top
Log in Register