sorry thread lama tapi aku up balik sebab tergoogle dan thread ni naik.
sebenarnya apa yang anwar takut sangat nak sumpah?
anwar kata sistem tak adil, mahkamah di beli, orang itu dan orang ini korap. tapi anwar hanya terpekik di tepi jalan dan di media media. ni bukan subjudice ka?
dah la sumpah pon takut, tapi proses mahkamah dia tangguh banyak kali. ini keadilan untuk anwar ke keadilan untuk rakyat? sebab anwar VVIP maka hak mereka yang membuat aduan di nafikan?
ok. anwar kata sistem tak adil, dia tak akan dapat keadilan. ok, fine. dia boleh menjerit di tepi jalan, di media media. tapikan, kalau betullah segala sistem duniawi ni anwar kata korap, anwar sebenarnya ada satu jalan keluar dari isu ini yakni bersumpah. isunya, anwar takut nak sumpah. susah ke nak bersumpah? atau anwar hanya pandai cari alasan?
bersumpah bukan bererti anwar bebas dari tuduhan itu secara otomatik. tetapi bersumpah kerana anwar mahu keluar dari kesangsian masyarakat! seperti saiful, dia bersumpah bukan kerana hendak tuduh anwar bersalah, tetapi saiful bersumpah kerana ingin keluar dari kesangsian masyarakat terhadap saiful! orang kata saiful penipu dan pembohong, makan duit, tapi saiful kata itu tak benar. orang tak percaya! perbicaraan plak tangguh tangguh! apa jalan keluar bagi saiful?
KALI NI, aku nampak tindak tanduk anwar makin nampak macam orang bersalah, korang tengok kronologi ni.
1) hari pertama kes ni keluar tahun lepas, anwar tuduh saiful di paksa polis. dia sebar SMS melalui jentera parti kepada penyokong dia, dalam SMS tu dia cakap dia akan kena tangkap, dan saiful di paksa buat laporan saiful di liwat. it turns out, saiful tak di paksa pon! ni bukan cakap bohong ke apa?
2) kedua, anwar tak di tangkap pon. lepas tu anwar kata dia akan di tangkap dan di bunuh! anwar lari masuk kedutaan turki. lepas keluar, tetiba nyawa anwar takde ancaman pulak! boleh pi ceramah sana sini dengan bebas. ni anwar cakap bohong lagi.
3) wan azizah hanya tunjuk gambar saiful dengan anas (pegawai khas najib), melalui phone blackberry dia. tapikan, saiful ada banyak gambar dengan pak menteri itu dan pak menteri ni. aku heran kenapa wan azizah hanya pilih gambar saiful dengan anas? nak cuba timbulkan isu konspirasi?
4) wan azizah di tanya hari yang sama, mana anwar pada 3 hingga 4.30 petang hari yang di tuduh, wan azizah kata dia meeting, lepas tu nurulizzah celah 'dia bersama kami'. kira tu lah alibi dia. ada dalam youtube. mari kita lihat ini benar atau tidak.
5) anwar pi canang satu negara yang saiful tu budak kopi sahaja. hai, macam mana saiful si budak kopi boleh jaga jadual anwar dan jugak urusan parti sampai ke singapore dan hong kong? takkan la intel dalaman pkr begitu ******* nak bagi musang masuk ke dalam kem anwar dengan begitu mudah tanpa check latar belakang? maknanya saiful bukan budak kopi, tetapi adalah orang yang sangat rapat dengan anwar!
6) anwar bagi banyak alasan untuk serahkan DNA dia. pasal benda ni lah penjenayah dah tahu sistem sekarang tak memaksakan mereka menyerahkan sampel DNA. nasib baik hari tu parlimen luluskan akta DNA. sbeab apa? sebab takut penjenayah terlepas dengan mudah sebab anwar yang bagi idea!
7) anwar hanya menjerit melalui media dan kata ada bukti yang tiada kecederaan (yang di tafsirkan oleh PEGUAM anwar sebagai tiada liwat) oleh pusrawi. tapikan bukti DNA dan CCTV kenapa anwar tak nak cakap? ini pon bukan subjudice ke? anwar cuba timbulkan persepsi bahawa kalau tiada kecederaan di bontot, maknanya liwat tak berlaku! hai senangnya nak lepas! habeh banyak kes rogol tiada kecederaan, adakah rogol tak berlaku?
part atas ni pon aku sedikit ada hairan. anwar selalu dakwa ada konspirasi terancangkan? macam mana plak pusrawi termasuk dalam pelan terancang kalau laporan perubatan mereka mengatakan dubur saiful tiada kecederaan? kalau konspirasi pihak tertentu dah di bayar, sudah tentu pihak pusrawi mengeluarkan laporan 'SAH BERLAKU LIWAT' instead of 'TRO sodomy, advice to go HKL'. konspirasi tak menjadik ke atau konspirasi tak wujud!?
8) terbaru ni, anwar mintak bukti ASAL laporan kimia DNA dan CCTV. kalau tak serah, dia mintak hakim batalkan kes!
9) siapa yang kepalai konspirasi kali ini pulak? kalau dulu, anwar tuduh mahathir. melalui mahathirlah sistem kehakiman, polis, pendakwaraya, pegawai perubatan, di beli.
konspirasi terbaru ni plak siapa yang rancang? harus di ingat, perkara ini berlaku di zaman pak lah. pak lah pulak tengah pening kepala mempertahankan diri dia dari akar umbi parti yang tengah nak tendang dia keluar. najib pulak berada di kementerian pertahanan. untuk konspirasi ini berjaya, satu kepala harus mempunyai akses kepada kementerian dalam negeri, kementerian kesihatan, dan jabatan perdana menteri sendiri! najib takde pon akses kepada itu semua, malah dia sendiri tengah pening kepala nak tanggung masalah dia dengan pak lah. jadi korang pikir, logik ke konspirasi ni?
belom start perbicaraan, anwar dah mintak batalkan kes? dah la bersumpah pon takut, nak batalkan kes sebelum perbicaraan bermula plak? ni apa kes?
terus terang la, korang tak terasa sangsi ke dengan tindak tanduk anwar kebelakangan ni?
kalau aku la seorang penjawat awam yang begitu kanan dan sangat2 hormati oleh masyarakat dalam dan luar negara, dan aku terima tuduhan begitu buruk, aku tak cakap banyak, aku pi mekah dan sumpah depan kaabah terus! kemudian aku akan cepat2 mintak proses perbicaraan di lakukan segera! bukannya aku menjerit di tepi jalan melalui peguam dan media mintak perbicaraan di hentikan!
berani kerana benar. takut kerana salah. lawan tetap lawan. ini semua slogan yang anwar selalu pekik. tapi dia sendiri tak praktikkan?