BTC USD 82,950.2 Gold USD 4,144.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adab-adab menziarahi jenazah

Malaysian71

Active Member
Messages
1,333
Joined
Feb 16, 2009
Messages
1,333
Reaction score
17
Points
30
Adab-adab menziarahi jenazah seperti :
Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Tidak digalakkan meninggikan suara ketika berbual-bual. Perkara ini mungkin akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Hormatilah ahli keluarga jenazah yang bersedih. Mereka tidak mungkin akan faham kenapa orang lain masih boleh tersenyum dan ketawa apabila mereka sedang berduka. Kita haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan, “Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal.”
Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud, “Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca surah Yasin.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah SWT dengan mengucapkan “Allahummaghfirlahu warhamhu” ertinya, “Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.”
Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian atau menyediakan makanan untuk keluarga si mati. Digalakkan agar menghulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.
Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.
Melahirkan perasaan dukacita kepada waris di atas kembalinya ke rahmatullah.
Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah.
Mengingatkan keluarga jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah.
Tidak menceritakan aib jenazah.
Disunatkan membanyakkan membaca al-Quran dan berdoa sebelum jenazah dikebumikan.
Segerakan pengurusan jenazah.
Sembahyangkan jenazah dan mengiringinya ke kubur.

Terdapat pula perkara-perkara yang tidak dibolehkan dan tidak digalakkan kita membuatnya, seketika kita menziarahi jenazah. Perkara yang tidak beradab ketika menziarahi jenazah
Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti menumpat jenazah atau bergurau senda dan berbual-bual dengan nada suara yang tinggi.
Jangan sesekali bercerita tentang keburukan jenazah. Ingatlah dosa kita dengan manusia hanya boleh diampunkan oleh orang itu sahaja.
Jangan bercerita hal-hal dunia seperti jualan langsung, kerja-kerja kosong dan lain-lain (hal-hal begini memang sering berlaku).
Merasa kesal terhadap kematian seperti meratap atau meraung seperti orang jahiliyah
Membebankan keluarga jenazah dengan permintaan yang mereka tidak mampu
Tidak redha dengan takdir Allah

Beberapa hikmah yang boleh kita perolehi sekiranya kita menziarahi jenazah. Antaranya :
kita berpeluang menzahirkan perasaan simpati kepada keluarga jenazah,
mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah yang kehilangan ahli keluarganya,
dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga jenazah dan
menunaikan fardu kifayah iaitu memberikan hak sebagai seorang muslim keatas muslim yang lain.
menziarahi jenazah dapat melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita tentang kematian itu pasti menjemput kita suatu hari nanti,
kematian adalah sebahagian daripada qadha Allah yang wajib diterima oleh semua makhluknya.
Kita juga dapat bermuhasabah diri tentang ibadat yang telah kita lakukan selama ini. Kita akan terfikir, adakah ibadah kita selama ini mencukupi untuk di buat bekalan di akhirat nanti.

“Ya Allah jadikanlah akhir kehidupan kami dengan kebaikan dan rahmat-Mu dan jangan jadikan akhir hidup kami dengan keburukan dan kemurkaan-Mu”. Amiin.
 
Sekarang ni ramai orang pakai baju hitam untuk tengok orang mati.

Pakaian seragam untuk orang perempuan bila tengok orang mati:
1) Pakaian hitam. Pakai 2 lapis, yang pertama nipis, yang kedua ala-ala anak baju.
3) Coli warna cerah, kasi kontra. Senang lelaki tengok dan berfikir "Oh, dia ni ada payudara".
2) Spek mata hitam. Lagi besar lagi bagus, macam kesatria baja hitam.
3) Beg bimbit hitam.
4) Minyak wangi sekilo lumur satu badan.
5) Tudung hitam tapi jangan tutup habis, kasi nampak jambul.
6) Kasut hitam.

Ini bukan adab tapi biadap.
 
Sekarang ni ramai orang pakai baju hitam untuk tengok orang mati.

Pakaian seragam untuk orang perempuan bila tengok orang mati:
1) Pakaian hitam. Pakai 2 lapis, yang pertama nipis, yang kedua ala-ala anak baju.
3) Coli warna cerah, kasi kontra. Senang lelaki tengok dan berfikir "Oh, dia ni ada payudara".
2) Spek mata hitam. Lagi besar lagi bagus, macam kesatria baja hitam.
3) Beg bimbit hitam.
4) Minyak wangi sekilo lumur satu badan.
5) Tudung hitam tapi jangan tutup habis, kasi nampak jambul.
6) Kasut hitam.

Ini bukan adab tapi biadap.

Pergi menziarah orang mati pun nak bergaya lagi ke?nak tunjuk kat siapa ya...?:-?
 
betul lah skang kalau ade kematian..

- POMPUAN mesti pakai baju HITAM @ Putih & spek hitam besar pulak tu...
- Air mineral mesti ade 4-5 kotak
-
 
betul lah skang kalau ade kematian..

- POMPUAN mesti pakai baju HITAM @ Putih & spek hitam besar pulak tu...
- Air mineral mesti ade 4-5 kotak
-

Aku rasa trend ni bermula dari Indonesia tapi sebenarnya orang kristian yg pakai camtu..isshhh aku tengok org kita pakai hitam macam org kristian lak,,,seram-seram sejuk macam cerita dracula....:D
 
Back
Top
Log in Register