BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ada petanda kejutan - Najib

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ada petanda menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) mampu melakukan kejutan pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, ia berdasarkan kepada suasana politik di Permatang Pauh yang menunjukkan peluang BN semakin baik sejak hari penamaan calon 16 Ogos lalu.

''Saya lihat ada tanda-tanda yang beri satu semangat baru dan satu keyakinan kepada BN.

''Oleh itu jangan ada pihak yang sama sekali ketepikan peluang BN untuk lakukan kejutan," katanya ketika berucap di Bilik Gerakan BN Permatang Ara di sini hari ini.

Najib berkata, dalam pertemuannya dengan pelbagai pihak sebelum ini, mereka memaklumkan bahawa sokongan kepada BN di Permatang Pauh adalah lebih baik dari pilihan raya umum lalu.

Justeru, kata beliau, apa yang perlu jentera BN lakukan ialah bekerja keras, tidak gentar dan tetap menggerakkan peraih undi dari rumah ke rumah supaya BN boleh menunjukkan 'bisanya' pada 26 Ogos ini.

''Pihak lawan memperlihatkan budaya main kasar dari hari pertama berkempen lagi dan menunjukkan contoh yang *****. Ini ke parti yang nak perintah negara, kalau tidak boleh menunjukkan teladan yang baik, maka parti itu tidak layak untuk perintah," katanya.

Sambil menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'gergaji dua mata', Najib berkata, beliau percaya penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kini dalam 'kepanasan'.

Katanya, jika pada tarikh 16 September yang diuar-uarkan Anwar bahawa dia akan menjadi Perdana tidak menjadi kenyataan, maka ia sekali gus membuktikan pembohongan besar yang dilakukannya.

''BN masih boleh bertahan lagi, jangan fikir apabila undi dia, (Anwar) akan jadi Perdana Menteri.

''Di saat-saat akhir ini, jangan takut, keluarlah mengundi dan kita mesti membawa 'bala tentera' yang ramai, kalau tidak dia akan gertak kita," katanya.

Terdahulu, Najib telah menyampaikan peruntukan sebanyak RM1.48 juta untuk menaiktaraf 10 masjid dan 16 buah surau di kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir di Masjid Al-Falah, di sini.

Jumlah keseluruhan bantuan masjid dan surau yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kawasan Parlimen Permatang Pauh pula ialah sebanyak RM4.18 juta.

Dalam ucapannya, Najib menyatakan sumbangan itu diberikan sebagai melambangkan keprihatinan kerajaan kepada umat Islam di negara ini supaya mereka boleh menunaikan ibadah dalam keadaan selesa.

''Kalau nak jadi umat Islam yang cemerlang, kita kena berjaya dalam semua lapangan dan sebagai umat contoh, kita perlu kuasai teknologi," katanya.

ayat standard puaka umno. Agak2 sama dengan kejutan PRU 2008 tak?
 
:)) adoi...nak ketawa aku baca statement lajib neh!! :eek:
 
kasi dia kejutan sampai stroke...
 
macam ayat sebelum PRU dulu...heheheh..semua mahaguru umno cakap besar...bila selesai PRU masing2 terkulat kulat bagi komen...boleh blah
 
si bijan tu leh masuk AF 8. wat la kezutan byk2 ye...
masuk raja lawak pn bole....coz pandai wat lawak...
patut la altantuyaa suke...
jejake yg lucu...

*****hnyer bijan..
 
InsyaAllah semua Hantu pun akan pangkah PKR ! , mereka main2kan umno dlm diam...jom kita tgk spt apa yg berlaku di Kelantan !!
 
sama la pandangan najib dgn aku..
mcm tau2 plak :)
 
Back
Top
Log in Register