BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Acer lancar notebook baharu

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
ACER Malaysia hari ini melancarkan notebook edisi Hitam - Acer Aspire V Nitro (VN7 – 591G).

Menurut kenyataan Acer, notebook itu diperkasakan oleh pemproses Intel Core generasi terkini dan unit pemproses grafik mudah alih NVIDIA GeForce GTX untuk prestasi dan grafik hebat.

"Ia memberikan prestasi pemprosesan berkuasa dan pengalaman visual menyeronokkan, membawa permainan dan hiburan ke tahap baharu pada komputer riba," kata Acer.

Ia berkata notebook itu juga dilengkapi Teater Rumah Dolby Digital Plus yang akan membawa pengalaman audio maksimum kepada penggunanya.

Sempena pelancaran itu, Acer Malaysia berkata ia akan menganjurkan kejohanan permainan yang menawarkan hadiah-hadiah menarik pada dua hujung minggu.

Komputer riba ini boleh didapati dari penjual semula Acer yang sah pada harga runcit RM3,399. - Bernama
 
acer1.transformed.jpg

acer2.transformed.jpg

acer5.transformed.jpg


smart. 3k la plak
 
Back
Top
Log in Register