BTC USD 62,947.4 Gold USD 4,300.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai ABC kelapo, Kuala Pilah

Jering

Fun Poster
Messages
993
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
184
Points
23
22hm9aa1_1576967766.jpg

SUHAIMI menunjukkan menu ABC kelapo dan cendol kelapo yang dijual. FOTO Mohd Amin Jalil

Mohd Amin Jalil
[email protected]

KREATIVITINYA menggunakan buah kelapa dan tembikai sebagai ‘mangkuk’ air batu campur (ABC) membuatkan gerainya mendapat sambutan luar biasa.

Suhaimi Mohd Nor, 40, dan isterinya, Nor Nadia Modzir, 34, mengusahakan gerai ABC di tepi jalan Seremban-Kuala Pilah, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah sejak sembilan tahun lalu.

Berkongsi pengalamannya, Suhaimi berkata, dia menggabungkan tiga menu istimewa di gerainya yang beroperasi setiap hari daripada jam 11 pagi hingga 6 petang iaitu ‘ABC kelapo’, ‘cendol kelapo’ dan ‘air kelapo jando pulang’.

Suhaimi berkata, dia menggunakan buah kelapa dan tembikai sebagai mangkuk menjadikannya satu kelainan dan daya tarikan pengunjung.

Katanya, dia memulakan perniagaan itu sebaik menamatkan perkhidmatan sebagai pekerja sambilan dengan sebuah syarikat perfileman di Kuala Lumpur.

“Idea menggunakan kelapa dan tembikai sebagai mangkuk itu tercetus pada 2015 selepas melihat lambakan buah kelapa yang dibuang setiap hari.

“Kami jual ABC dan air kelapa. Selepas air kelapa diminum, kami jadikannya itu sebagai mangkuk untuk ABC dan ia nampak menarik.

“Selain meletakkan ABC di dalam buah kelapa, minuman yang segar dinikmati terutamanya ketika cuaca panas itu juga dicampur dengan pelbagai bahan lain seperti kacang, laici, agar-agar dan ais krim bagi menambah kelazatan,” katanya ditemui di gerainya.

Menurut Suhaimi, selain ABC, dia juga menjual laksa utara disediakan isterinya yang berasal dari Langkawi.

“ABC kelapo dijual pada harga RM8 semangkuk manakala ABC tembikai RM10 dan laksa pula RM4.50 semangkuk,” katanya.

Bapa kepada tiga anak berusia satu hingga tiga tahun itu berkata, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati ABC istimewa malah hidangan seperti tanjung sangkaya, mi kari, nasi ayam dan burger.

“Alhamdulillah, jualan sangat memberangsangkan. Saya cuba mencari kelainan dan yang penting dapat memenuhi kehendak pelanggan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register