BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abbott kunci mulut

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Gambar bertarikh 20 Mei lalu merakamkan bot yang dinaiki pelarian etnik Rohingya berlabuh berhampiran Kuala Simpang Tiga di daerah Aceh Timur, Aceh, Indonesia. AFP​

SYDNEY 14 Jun - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott hari ini sekali lagi enggan menafikan dakwaan bahawa seorang pegawai imigresen Australia membayar ribuan dolar untuk memaksa sebuah bot yang sarat dengan pencari suaka politik berpatah balik ke perairan Indonesia, di sebalik gesaan dari Indonesia yang mahukan jawapan Australia memberi penjelasan tentang perkara itu.

Seorang jurucakap Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), James Lynch memberitahu BBC kelmarin, bahawa kakitangan UNHCR telah menemubual 65 penumpang dalam sebuah bot hanyut dan ‘mereka berkata setiap anak kapal bot itu menerima bayaran’.

Pencari suaka dari Bangladesh, Myanmar dan Sri Lanka itu tiba di Pulau Rote di timur Indonesia pada akhir Mei lalu selepas dipintas oleh Tentera Laut Australia dalam perjalanan menuju ke New Zealand.

Menurut dakwaan itu, kapten dan lima awak-awak bot hanyut tersebut masing-masing dibayar sebanyak AUS$5,000 (RM18,710) oleh seorang pegawai imigresen Australia supaya mereka berpatah balik ke perairan Indonesia.

Polis Indonesia membuat laporan mengenai perkara itu di Pulau Rote.

Jurucakap Menteri Luar Indonesia, Arrmanatha Nasir, semalam berkata, Jakarta ingin mendapatkan penjelasan dari Australia dan jika pembayaran itu benar-benar berlaku, perbuatan tersebut amat dikesali berhubung cara kerajaan Australia mengendalikan isu orang hanyut.

Perang mulut antara Indonesia-Australia, berisiko merosakkan lagi hubungan kedua-dua negara, yang kini tegang ketika Duta Australia ke Indonesia, Paul Grigson kembali menyambung tugas di Jakarta minggu lalu selepas dipanggil pulang berikutan bantahan terhadap pelaksanaan hukuman mati dua rakyatnya di Indonesia pada April lalu.

Abbott berkata, mesej utama kepada Indonesia dan rakyat Australia adalah kerajaan bersedia melakukan apa yang perlu bagi menghentikan sindiket yang menyeludup manusia membawa pencari suaka ke Australia dengan menggunakan bot.

“Saya rasa sangat penting rakyat Australia diberi jaminan bahawa terdapat sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak akan terlepas untuk kali kedua memastikan bot orang hanyut itu dihentikan.

“Penting untuk Indonesia mengetahui bahawa kerajaan Australia amat tegas dalam memastikan hasrat kerajaan yang tidak mahu lagi melihat penyeludupan manusi berterusan,’’ katanya kepada media, hari ini.

Abbott berkata, tindakan menghentikan bot orang hanyut adalah baik bagi kedua-dua negara, selain mencegah pencari suaka daripada membahayakan nyawa dengan menyertai pelayaran mencabar di laut. – AFP
 
sorang2 pon boleh berbelas ribu...mesti diaorg amek punyer...
 
igt ke abot penyanyi tu
 
Back
Top
Log in Register