BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aaron-Wooi Yik mara separuh akhir Seluruh England

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146
3455462.webp

Aaron-Wooi Yik mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Seluruh England 2026.

BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2026 selepas menumpaskan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Birmingham pada Jumaat.

 

Pasangan ranking kedua dunia itu mencatat kemenangan 21-16, 20-22, 21-14 dalam pertarungan selama 61 minit, sekali gus menempah tiket ke kelompok empat terbaik kejohanan bertaraf Super 1000 itu.

 

Kemenangan itu juga menjadi yang kelima buat Aaron-Wooi Yik ke atas pasangan senegara tersebut daripada lapan pertemuan keseluruhan sebelum ini.

 

Di separuh akhir, Aaron-Wooi Yik dijadualkan menentang pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi yang mara selepas menewaskan pasangan Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Rahmat Hidayat, 21-16 dan 21-10 dalam satu lagi aksi suku akhir.

 

Pertemuan itu bakal menjadi yang keempat antara kedua-dua pasangan dengan Aaron-Wooi Yik memiliki kelebihan rekod 3-1 ke atas gandingan dari China berkenaan.

 

Kemenangan dalam aksi separuh akhir nanti bakal membawa pasangan negara itu ke pentas final Seluruh England sekali gus membuka peluang untuk menambah satu lagi pencapaian berprestij dalam karier mereka di pentas antarabangsa. – Bernama
 
Back
Top
Log in Register