BTC USD 83,196.4 Gold USD 4,163.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

aaaaaaaaaaaaaaaa

hati hati bila berbincang bab agama...
 
untuk perkongsian ilmu semata-mata.jgn sampai apa yang kita kaji, terkaji benda2 yang bersangkutan ajaran syiah

Taqiyyah (dissimulation) adalah satu prinsip yang diyakini oleh syiah Imamiyah ( Iran ). Berpegang kepada taqiyyah adalah wajib bagi setiap penganut Syiah. Ianya adalah satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang (kononnya) jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang Syiah.

Pada mulanya taqiyyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan dari pihak pemerintah silam. Tetapi selanjutnya diamalkan untuk menipu, berbohong dan seterusnya untuk menghalalkan sesuatu yang haram atau sebaliknya.

Orang-orang Syiah boleh menyamar sebagai Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk memerangkap Ahli Sunnah yang kurang faham akan agama mereka. Tujuannya supaya dapat dirosakkan fahaman, akidah dan amal ibadahnya.

Abu Ja'far , seorang ulama Syiah telah berkata:

"Taqiyyah adalah agamaku dan agama nenek moyangku. Dan tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyah".

Abdullah berkata:
"Wahai Abu 'Umar! Sesungguhnya sembilan persepuluh dari agama terletak pada taqiyyah, tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah pada segala sesuatu, kecuali arak dan menyapu sepatu".

Diriwayatkan dari Ali bin Muhammad:
"Wahai Daud! Sekiranya kamu mengatakan bahawa orang yang meninggalkan taqiyah sama seperti orang yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya betullah kata-katamu itu".[31]

Antara penyelewengan syiah ( secara borong, tanpa menyebut fahaman kumpulan syiah yang mana satu ) ialah :

A. Penyelewengan Daripada Sudut Akidah

Imam adalah ma'sum.
Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
Berpura-pura.
Saidina Ali disamatarafkan dengan Allah SWT
Menghalalkan nikah Mut'ah.
Khalifah diwasiatkan secara Nas.
Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.
Muhamad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi ali-Muntazar.
Mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW
Menambah kalimah syahadah.
Menolak hadith yang diriwayatkan oleh ahli sunnah wal jamaah sekalipun hadith Mutawatir.

B. Penyelewengan daripada Sudut Syariat

Menolak Ijmak Ulama.
Menolak Qias.
Mengamalkan Nikah Mut'ah.
Menolak 'aul dan mendahulukan Qurabah dari Asobah dalam masalah Pusaka.
Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut adalah musuh Allah.
Hanya Ali menghimpun al-Quran dengan sempurna.

C. Pelbagai Penyelewengan Umum

Menziarahi kubur Saidina Hussain, ganjaran syurga.
Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram.
Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi SAW iaitu Saidatina Aishah dan Hafsah.
Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua hal.
Sembahyang Dhuha adalah haram.
Menetapkan prinsip khumus sebagai kadar zakat.
Imamah dan Khalifah daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
Islam bukan syarat wajib haji.
Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.

Penyelewengan ini bukanlah satu perkara yang kecil bagi agama kita.

Banyak kali org2 syiah menyebut imam ke-12 mereka adalah imam mahdi.

tu yang aku takut berbincang bab imam mahdi.takut reference ke syiah.baik aku tumpukan permasalahan yang lebih menuntut semua.

persoalan atas kepincangan pimpinan malaysia, persoalan ke atas rendahnya akhlak umat islam, persoalan paling utama..amal ma'ruf dan nahi mungkar.
 
klau xsalah yg atas 2 bukan hadis la
tapi lupa plk sapa yg cakap 2.............
 
Tu terjemahan supaya senang di fahami oleh orang melayu. Kalau ikutkan terjemahan betul2 nanti pening memikirkannya sebab banyak kiasannya.
 
Mengikut riwayat Syiah Imamimiah imam ke 12 iaitu muhammad bin hassan al askari telah ghaib masa umurnya belasan tahun.Dialah yang akan muncul sebagai Imam Mahdi.Tapi kalau riwayat bani tamim pulak itu kisah Al Arqam. Ustaz Asshari.Aku tak tahulah beliau merujuk pada imam mahdi yang mana. Kalau Imam Mahdi Syiah, kenalah tanya pada Ayatullah Ali Khamenei kat Iran tu, katanya dia selalu berhubung dengan Imam Mahdi tu.Tapi... kalau yang satu lagi kenalah tanya Ustaz Assahari.

Kisah syiahni panjang ceritanya... start dari Imam Ali k.w.j dibunuh hinggalah pada Cucunda Rasullullah Sayiddina Hussein syahid dipancung kepalanya dan di bawa ke kufah untuk dipersembahkan pada Yazid, ketika itu Khalifah Islam kelima.Aku ingat kalau Rasulullah hidup lagi ketika itu, tak ngaku umat orang orang yang buat cucunya macam tu. Dari situ bermulalah kebencian pemerintah terhadap cucu cicit Rasullullah, selepas Saidina Hussein cicit Rasullullah yang terakhir yang tinggal namanya Ali Zainal Abidin,Nak ikutkan semua rombongan lelaki yang ikut S Hussein kena bunuh habis.Takdir Allah tinggallah yang satu cicit Rasul pada ketika itu sedang Demam duduk kat khemah. Dari situ berturutanlah hingga ke cuit Rasulullah ke 12.
Sedihnya kesemua cicit Rasul tu dibunuh oleh pemerintah. Kalau tak cara kasar diguna cara halus. macam racun ke etc. Cuma yang kedua belas tu Ghaib dari masyarakat.Katanya hingga sekarang masih hidup lagi.

Itulah kisah yang aku tahu,Wallahualam bisawwab. Tapi kalau kau orang nak tahu cerita lagi.Bolehlah YM Aku. Inipun ilmu gak,bukan nak ikut Syiah tu,cuma sekadar pengetahuan.Jangan kau orang ingat aku Taqqiyah pulak. Itu cerita sejarah yang semua orang tahu. Cuma aku tak faham kenapa kebanyakkan orang Islam tak kenal Cicit Rasulullah.Cuma tahu cucunya saje. Itupun buat tak kisah... sedangkan beliaulah Pemuka syurga.
 
kiamat ke ?.. manusia x boleh ramal kiamat nih
 
yup kena kenal ahli bait..
tp kena berhati2 dengan syiah.

sangat2 berbahya.aku mengangumi iran dan hizbullah, tp aku ambik sikap berhati-hati kerana takutkan propaganda syiah.

aku lebih mengangungkan Hamas kerana mereka dari golongan ahli sunnah wal jamaah
 
Salam...
Tetapkan Iman teruskan beramal...mudahan2 kta tidak ditemukan zaman pertumpahan darah(yakjud makjud<----telah di"seal"kan oleh Iskandar Zulkarnain AS,tapi bila2 akan terkeluar setelah Izinkan oleh Allah SWT kelak,jgn diketemukan Dajjal.....)berdoa lah pada Yang Maha Esa....kita telah tiada pada zaman2 ini)...
Fitnah segala fitnah..yg amat dasyat
 
yup kena kenal ahli bait..
tp kena berhati2 dengan syiah.

sangat2 berbahya.aku mengangumi iran dan hizbullah, tp aku ambik sikap berhati-hati kerana takutkan propaganda syiah.

aku lebih mengangungkan Hamas kerana mereka dari golongan ahli sunnah wal jamaah

Hehe.. Yang Nabi bersabda pasal Ahlussunnah Waljamaah tu sapa bagi gelaran? Kita yang bagi gelaran pada diri kita sendiri ke?

Syiah ke hapa ke.. selagi mengucap dua kalimah syahadah..selagi sembahyangnya menghadap Kiblat..Selagi dalam solatnya penuh kerendahan diri memohon " Tunjukkanlah kami jalan yang lurus "..Kenapa kita nak membeza²kan..

Dalam YANG KITA GELAR..Ahlussunnah waljamaah pun berapa ramai yang tolak HUKUM ALLAH?

Dalam yang kita gelar SYIAH DAN LAIN LAIN..Berapa ramai yang alim dan ulamak..

Apa yang saudara takut PROPAGANDA SYIAH tu? Apa yang di propaganda oleh SYIAH ni?

Saya pun tak tau pasal SYIAH.. tapi saya hairan bila MAJORITI kita memfitnah syiah tapi bila ditanya pasal syiah mereka cuma dengar cakap² orang jerk..

Dalam yang kita gelar AHLUSSUNNAH..berapa cabang yang wujud ada yang sesat ada yang betul..

Dalam yang kita gelar SYIAH pun LOGIKNYA mesti ada cabang sesat dan betulnya..

Pernah ke kita melihat dan mempelajari dengan matakepala kita sendiri?

Yang mana yang betul mengamalkan Al-Quran dan Sunnah itulah yang hakikatnya AHLUSSUNNAH WALJAMAAH.. Bukan kita yang bagi GELARAN..

KESESATAN PENGIKUT tak bermaksud KESESATAN AJARAN..

sekadar tumpang lalu..
 
Back
Top
Log in Register