BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

96 Lagi Jeti Haram Di Sungai Golok Akan Dirobohkan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,392
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,392
Reaction score
346
Points
141
c5a1d2998941e441cf262a3c45cd5d626964ce8173563

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Datuk Mohd A. Aruwan Ab Aziz (kiri) bersama dengan Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan), Badrul Shah Mohd Idris (dua,kanan) ketika melawat penempatan Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pos Pok Teh Kana.

Sebanyak 96 lagi jeti haram yang dibina di atas tanah milik kerajaan di sepanjang Sungai Golok dijangka dirobohkan sepenuhnya menjelang Mac ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan Datuk Mohd A Aruwan Ab Aziz berkata setakat ini sebanyak 25 jeti haram telah dirobohkan di jajahan Pasir Mas dan Tumpat.

Beliau berkata secara keseluruhannya terdapat 223 jeti pangkalan haram, namun tumpuan kerajaan adalah merobohkan jeti yang berstruktur.

"Perobohan masih dalam proses secara berperingkat memandangkan jumlah keseluruhan pangkalan haram yang dikenal pasti di sepanjang Sungai Golok adalah banyak," katanya kepada pemberita di Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Pok Teh Kana, di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan) Badrul Shah Mohd Idris meluangkan masa kira-kira tiga jam melakukan lawatan ke Projek Pengambilan Tanah dan Pembinaan Pagar Keselamatan Sempadan Sungai Golok.

Mohd A Aruwan berkata operasi perobohan sebelum ini berjalan lancar hasil kerjasama yang baik antara agensi Persekutuan dan negeri.

"Sepanjang musim Monsun Timur Laut, kerja perobohan terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan dan akan diteruskan semula selepas ini dengan keutamaan kepada perobohan jeti yang dibina di atas tanah milik kerajaan," katanya.

Beliau berkata perbincangan lanjut akan dilakukan melibatkan jeti yang terletak di tanah milik persendirian bagi memastikan proses perobohan dapat dilakukan secara teratur.

 
Back
Top
Log in Register