BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

9 jam duduk dengan mayat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
AUCKLAND: Seorang wanita terpaksa duduk bersebelahan mayat teman lelakinya selama sembilan jam selepas lelaki terbabit mati tercekik ketika menjamu selera dalam pesawat.

Vanessa Preechakul mendedahkan bagaimana dia terkejut apabila teman lelakinya, Robert Rippingale, 31, tercekik hingga mati ketika makan hidangan daging dalam penerbangan Jetstar dari Singapura ke Auckland. “Sebelum itu kami duduk bersebelahan sambil berkucupan, berpegang tangan tetapi tidak lama kemudian dia tercekik,” kata Vanessa, 27, seorang arkitek.


“Saya bertanya pada diri saya, kenapa kejadian itu berlaku pada saya? “Rippingale ingin sangat pulang ke New Zealand dan dia sudah pun meninggalkan saya,” katanya.

Vanessa memberitahu New Zealand Herald, mereka bertemu di Singapura, tempat teman lelakinya itu tinggal dan bekerja selama tiga tahun.


Rippingale membawa teman wanitanya ke New Zealand supaya Vanessa dapat melawat negara itu dan meraikan hari jadi ke-50 ibu bapa lelaki itu. “Dia sangat seronok ingin pulang dan tiba di lapangan terbang enam jam lebih awal untuk penerbangan jam 8 malam,” katanya. Selepas satu jam 30 minit berlepas, pesawat Jetstar (pesawat tambang murah milik syarikat Qantas, Australia) yang mengambil masa 11 jam penerbangan itu menyediakan hidangan pilihan daging atau ayam untuk makan malam.


Rippingale memilih hidangan daging dan makan sambil menonton filem. Tiba-tiba, Vanessa melihat teman lelakinya itu menggeletar, tetapi dia tidak menyedari ada perkara yang tidak diingini berlaku.

“Saya ingat dia ketawa terbahak-bahak. Kemudian apabila saya memandang ke arahnya, saya lihat matanya terjuling ke atas dan dia tidak dapat bercakap. Bibirnya mula kebiruan.” Seorang doktor dan dua jururawat antara penumpang di pesawat itu dan mereka bergegas untuk membantu sebaik mendengar Vanessa menjerit meminta bantuan.


Rippingale kemudian diangkat ke bahagian dapur pesawat dan kakitangan perubatan melakukan bantuan CPR tetapi gagal menyelamatkannya. “Doktor berkenaan datang kepada saya dan meminta maaf kerana tidak dapat menyelamatkan Rippingale,” katanya.

Mayat Rippingale dialihkan ke bahagian rehat kru kabin dan ditutup dengan selimut.


Bagaimanapun, Vanessa tidak mahu meninggalkan mayat teman lelakinya itu. Dia meminta izin untuk duduk bersebelahan mayat Rippingale selama sembilan jam waktu penerbangan sebelum tiba di Auckland. — Agen

sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/9jamdudukdenganmayat/Article
 
pelik2 kesnya...takde bantuan kecemasan k masa tercekik tu..
 
pelik2 kesnya...takde bantuan kecemasan k masa tercekik tu..

myb tercekik masa semua xperasan...bila kejut2..xseadar...siasat2...baru tau mati tercekik...
 
Back
Top
Log in Register