BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

80,409 Pekerja Asing Didaftarkan

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Sebanyak 80,409 pekerja asing sah dari 5,818 majikan di negara ini sudah didaftarkan sehingga Isnin menerusi program pendaftaran sejak 13 Julai lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata jumlah itu membabitkan empat sektor pekerjaan iaitu perkhidmatan, perkilangan, pembinaan dan perladangan.

"Sektor perkilangan mencatatkan jumlah pendaftaran pekerja asing sah paling tinggi iaitu 54,545 orang diikuti sektor perladangan/pertanian (10,207 orang), sektor pembinaan (6,233 orang) dan sektor perkhidmatan (9,424 orang)," katanya dalam kenyataan di sini.

Mahmood berkata Johor mencatat jumlah pendaftaran paling tinggi berbanding negeri lain iaitu 16,224 orang dari 1,100 majikan.

Beliau berkata jumlah itu diikuti Perak (12,174 pekerja dari 687 majikan), Pulau Pinang (9,916 pekerja dari 631 majikan), Selangor (8,205 pekerja dari 749 majikan) dan Negeri Sembilan (7,785 pekerja dari 305 majikan).

Putrajaya pula mencatatkan 7,057 pekerja dari 502 majikan, Melaka (5,228 pekerja dari 419 majikan), Kuala Lumpur (5,131 pekerja dari 495 majikan), Pahang (3,825 pekerja dari 503 majikan), Kelantan (1,437 pekerja dari 85 majikan), Terengganu (812 pekerja dari 85 majikan), Perlis (210 pekerja dari 16 majikan) dan Labuan (82 pekerja dari 26 majikan).
 
Back
Top
Log in Register