BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

8 tin sus bayi dalam kain

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Kuantan: Lima wanita lengkap berbaju kurung dan bertudung nekad menyembunyikan lapan tin susu bayi dalam kain mereka ketika mencuri di sebuah pasar raya mengakibatkan kerugian RM634 di Jalan Sungai Lembing, di sini, jam 8 malam kelmarin.

Gelagat mencurigakan lima wanita terbabit masing-masing berusia 50 tahun yang dibantu tiga lelaki berusia 40 tahun dirakam kamera litar tertutup (CCTV) termasuk dua daripada suspek sempat memukul serta menolak seorang pekerja premis itu, Foon Koon Lan berusia 33 tahun.


Difahamkan, suspek memukul serta menolak mangsa selepas wanita itu dikatakan menjerit sekuat hati meminta bantuan orang awam ketika suspek berjalan keluar dari pasar raya.

Menceritakan semula kejadian itu, Foon berkata, sebelum itu, dia yang berada di kaunter premis berkenaan melihat lima wanita terbabit masuk secara bergilir sambil diekori tiga lelaki terbabit dan menyangka adalah pelanggan.


“Bagaimanapun, selepas itu saya lihat suspek keluar dan masuk semula beberapa minit kemudian menyebabkan saya curiga dengan pergerakan mereka sebelum melihat rakaman CCTV.


“Saya terkejut apabila rakaman pertama menunjukkan suspek wanita yang berbaju kurung bersama seorang lelaki memakai topi berwarna merah bercampur biru melihat ke kiri seperti memerhatikan keadaan sekeliling ketika berdiri di tepi rak.

“Selepas itu, wanita terbabit yang berseorangan berjalan ke rak lain di bahagian susu bayi sebelum saya melihat suspek menyumbat tin susu berkenaan ke dalam kain,” katanya.


Menurutnya, dalam rakaman sama, rakan kepada suspek pertama yang memakai baju kemeja bersama seorang wanita bertudung merah jambu bercampur putih menarik susu sebelum menyumbat dalam baju.

Katanya, selepas melihat rakaman berkenaan dia cuba menghalang suspek yang berjalan sambil membawa tin susu sebelum suspek memukul dan menolaknya.


Foon berkata, suspek bertindak demikian kerana terkejut mendengar jeritannya meminta bantuan orang awam sebelum semua suspek bergegas melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan.


“Saya bersama seorang lagi rakan sekerja gagal menahan penjenayah terbabit kerana semua suspek cukup agresif termasuk wanita berkenaan manakala jeritan saya langsung tidak didengar orang awam, “ katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi, di sini, semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu yang dipercayai sindiket ‘Geng Susu Kangkang’.




sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/8tindalamkain/Article/index_html
 
mesti geng mcm rohingya.sll geng2 ni kuat otot kankang nye.
 
nama sindiket yang best tu

mau tak tido malam minum susu kangkang
 
cpu pun bole masuk dalam kain..susu selamba je
 
Awat p pasaraya curi susu?bnyak kes shoplifting ni kbanyakannya curi susu.mahal benarke susu skrg ni?.
 
habis la.

nanti org sudah tidak percaya kepada wanita yg berbaju kurung.
 
Lepas ni yg pakai baju kurung or tudung labuh nak kuar kena spot check dulu
 
Awat p pasaraya curi susu?bnyak kes shoplifting ni kbanyakannya curi susu.mahal benarke susu skrg ni?.

kalu susu bayi, mahal jugak le...tgk brand dan volumn....

:)
 
paling murah RM 20.. ada yg setin dekat seratus.. susu budak skang ni mahal..
 
Back
Top
Log in Register