BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

8,014 Pertuduhan Penipuan Dalam Talian Direkod Setakat Mei Tahun Ini - TPM Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

8,014 Pertuduhan Penipuan Dalam Talian Direkod Setakat Mei Tahun Ini - TPM Ahmad Zahid​

41af65066b169d2cc478f119081eb21b6a5dccb75e897

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika Mesyuarat Kedua, Penggal Lima Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 8,014 pertuduhan berkaitan jenayah penipuan dalam talian direkodkan setakat Mei tahun ini, mengatasi jumlah keseluruhan 6,140 pertuduhan sepanjang 2025, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata statistik itu menunjukkan bahawa ancaman jenayah penipuan dalam talian semakin serius bukan sahaja dari segi peningkatan jumlah kes, malah kerugian kewangan yang semakin besar kepada rakyat.

“Justeru, terdapat keperluan mendesak untuk menggubal undang-undang jenayah siber yang menyeluruh dan komprehensif bagi menangani jenayah siber secara lebih berkesan, selaras dengan landskap ancaman keselamatan siber yang semakin rumit dan canggih,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata seramai 10,245 individu ditangkap setakat Mei tahun ini dengan tangkapan tertinggi melibatkan jenayah telekomunikasi, e-dagang, pelaburan dan pinjaman tidak wujud.

Katanya, jumlah tangkapan meningkat daripada 16,244 pada 2022 kepada 23,753 pada 2025, iaitu jumlah tertinggi dalam tempoh berkenaan.

“Hal ini mencerminkan fokus penguatkuasaan terhadap sindiket yang paling aktif dan memberi impak besar kepada masyarakat,” katanya.

RUU Jenayah Siber 2026 yang mengandungi lapan bahagian dan 61 fasal itu diluluskan Dewan Rakyat pada 1 Julai lepas serta digubal bagi memansuhkan Akta Jenayah Komputer 1997 dan memperkukuh kerangka perundangan negara dalam menangani ancaman jenayah siber yang semakin kompleks.

 
Back
Top
Log in Register