butterland
Legendary Member

- Messages
- 11,420
- Joined
- Jan 2, 2008
- Messages
- 11,420
- Reaction score
- 211
- Points
- 123
hampir semua kedai mamak mesti ada nombor 786 ni....
yup..kebanyakkan nye mmg ada..sape2 yg suka lepak mamak mesti perasan
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

hampir semua kedai mamak mesti ada nombor 786 ni....


percaye je la bismillah tu, nak caye sgt nombor 786 bawa tuah apsal..
dalam alquran byk je sebut berulang2 sampai dengan angka 19, takkan la nak kata 19 ni nombor bawa tuah![]()
Kita sering dimaklumkan mengenai angka 786 yang kononnya mewakili perkataan bismillah. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa Allah menyebut beberapa angka dalam al-Qur’an yang mempunyai banyak bukti matematik yang tidak kita ketemui. Angka 19 disebut secara spesifik dalam Surah ke 74 “Surah al-Muddathir”, ayat 30 yang bermaksud, “Padanya ada 19″.
Dari surah ini jelas angka 19 memainkan peranan yang besar dalam al-Qur’an. Berikut ialah 19 perkara yang diperhatikan oleh Dr Vladimir Kulish & Rano Izhar yang menemui kepentingan angka ini. Saya memetik hal ini dari sebuah buku yang sedang dalam usaha percetakan:-
Al-Qur’an mengandungi 114 surah (114=19×6)
Kalimah Bismillah mengandungi 19 huruf arab
Walaupun kalimah Bismillah tidak ditulis bagi surah at-Taubah, tetapi perkataan Bismillah ditulis sebanyak 114 kali dalam al-Qur’an
Jumlah ayat dalam al-qur’an ialah 6346 (=19×334) Perhatikan jumlah 6346 ialah 19 (6+3+4+6)
Daripada surah ke-9, at-Taubah (yang tidak ada Bismillah) kepada surah yang mengandungi kalimah Bismillah (surah 27), jumlah surah kesemuanya 19
Jumlah nombor surah kalau dicampurkan dari surah 9 ke 27 iaitu 9+10+11+…….+27=342 (19×18)
342(=19×18) menyamai perkataan antara 2 bismillah dalam surah 27 (bismillah di awal surah 27-perkataan Bismillah dalam surah berkenaan)
Ayat pertama turun mengandungi 19 kalimah (Iqra’)
Ayat tersebut mengandungi 76 huruf (=19×4)
Surah Iqra’ (96) menjadi surah mengikut susunan mengandungi 19 ayat
Surah tersebut diletak di atas 19 surah-surah akhir yang lain
Surah 96 mengandungi 304 huruf Arab (=19×6)
Surah terakhir turun iaitu surah 110 juga mengandungi 19 ayat
Ayat pertama surah berkenaan (110:1) mengandungi 19 huruf arab
14 huruf berbeza dari set 14 huruf permulaan seperti Alif, Lam, Mim) dan permulaan 29 surah jika dicampurkan 14+14+29=57 (19X3)
Jumlah 29 surah yang dimulai dengan huruf arab (tidak diketahui makna seperti alif, lam, mim dll) ikut surah ialah 2,3,7 dll kalau dijumlahkan 2+3+7+….+50+68=822 dan 822+14 (14 set permulaan dengan huruf hija’iyyah)=836(=19×44)
Antara surah pertama (al-Baqarah) dengan surah terakhir (surah 68) yang dimulai dengan huruf, terdapat 38 surah yang tidak dimulai dengan huruf sebegini (=19×2)
Antara surah pertama (al-Baqarah) dengan surah terakhir (surah 68) yang dimulai dengan huruf, terdapat 19 giliran antara surah yang bermula dengan huruf dan yang tidak bermula dengan huruf
Al-Qur’an menyebut 30 angka berbeza 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 19, 20, 30, 40, 50, 60, 70,80,99,100,200,300,1000,2000,3000, 5000,50000 dan 100000.
Jumlah angka-angka ini ialah 162,146 (=19×8534)…
Inilah kod Qur’an yang disengajakan oleh Allah untuk memelihara al-Qur’an dari sebarang pemalsuan….dan ia bukan ciptaan manusia. Itulah sebahagian dari penemuan dan kita akan berbincang lagi mengenai hal ini.

7+8+6 = 21...
syukur 21...xtgk ke???
tgk..dan selalu terpikir kenapa syukur 21..kenapa tak syukur alhamdulillah ke.... :-?

mayb idea je kowt...
*21 black jack..![]()


uik.. 786 nih x silap ade dlm lyric Alhamdulillah.. too phat feat. yasin
"ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur..."
, naper yerk derang sebut 7,8,6 nih? x plak sebut , 6,7,8 ker, 019 celcom ker, 012 maxis ker:-?