BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

740 pencagar emas palsu dikesan

ARIFFX

Legendary Member
gem
Messages
12,041
Paid Membership
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,041
Reaction score
160
Points
123


Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
[email protected]

KUALA LUMPUR 26 Julai - Siasatan polis mengenal pasti seramai 740 pencagar emas palsu yang kebanyakannya penduduk kampung yang telah diperdaya sindiket menggunakan taktik menyadur tembaga dengan emas sehingga mengakibatkan sebuah bank kerugian RM75 juta.

Polis turut mendedahkan selain bank tersebut, sebanyak 11 kedai pajak gadai di seluruh negara turut diperdaya sindiket yang sama namun jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, kesemua pencagar itu digunakan oleh ahli sindiket yang dikesan telah beroperasi sejak September tahun lalu dengan bayaran upah antara RM300 dan RM800.

Kegiatan sindiket itu hanya terbongkar pada April lalu selepas seorang pengusaha kedai pajak gadai merasa hairan apabila pencagar emas itu tidak tampil untuk membuat tuntutan.
 
selepas ini, kemungkinan peraturan lagi ketat,mungkin diaorg akan mengkehendaki buka akaun dgn bank berkenaan dan mungkin tempoh 3 hari duit akan dimasukkan, setelah bank berpuas hati dgn ketulenan emas.Segalanya ada mungkin jika pihak bank mula berhati2 dn meneliti.
 
ban tu x check btul2 ke?
atau sadur emas ni x leh kesan?
 
amerika pun ada banyak ketul emas.. nak kena check ni :D
 
bank pun boleh kena tipu... tak kuat lagi prosedurnye dan ketelitiannye tu
 
aku takut lepas ni dah tak leh nak gadai emas sebab bank ambik kes ni sebagai alasan.
 
padanlah dengan semua bank2 kat malaysia nih,depa suka tipu customer skrg customer plak tipu depa kah kah :))
 
emas ape ni ye?yg skim mcm2 ade dlm Cg ni ke?
 
rasa pelik jugak
ore kampung gadai jongkong emas
kalu bare kemas tu bole caya la
 
Back
Top
Log in Register