demise_u
Super Active Member
- Messages
- 6,049
- Joined
- May 11, 2008
- Messages
- 6,049
- Reaction score
- 101
- Points
- 73
KAMPALA: Kumpulan Islam Somalia disyaki melakukan dua serangan bom di ibu negara Uganda, semalam, membunuh sekurang-kurangnya 74 orang yang sedang menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di sebuah restoran dan kelab sukan.
Pihak berkuasa mendakwa, serangan itu mungkin dilakukan kumpulan al-Shabaab yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda.
Dakwaan itu dibuat selepas pihak berkuasa menemui satu kepala pengebom berani mati Somalia di satu daripada tempat serangan.
Letupan itu meranapkan dua bar yang padat dengan peminat sukan.
Al-Shabaab pernah mengugut menyerang Uganda kerana menghantar tentera pengaman ke negara mereka bagi mengukuhkan kerajaan disokong Barat.
Jurucakap tentera, Felix Kulayigye, berkata kepala ditemui itu dikenal pasti milik warga Somalia dan disyaki pengebom berani mati.
“Kami mengesyaki ini perbuatan al-Shabaab kerana mereka memang berjanji melakukannya sejak lama dulu,” katanya.
Sementara itu, pemimpin al-Shabaab di Mogadishu, Somalia, Sheikh Yusuf Isse, memuji serangan itu tetapi mendakwa tidak tahu sama ada ia dilakukan kumpulannya.
“Uganda adalah negara kafir utama menyokong kerajaan Somalia.
“Kami tahu mereka menentang Islam dan kami gembira terhadap apa yang berlaku di Kampala.
“Ini adalah berita paling menggembirakan pernah kami dengar,” katanya.
Seorang daripada mangsa yang mati adalah warga Amerika Syarikat.
Satu daripada bom itu diledakkan di Restoran Ethiopian Village di daerah Kabalagala yang popular di kalangan peminat bola sepak serta warga asing.
Serangan kedua dilakukan di sebuah kelab ragbi.
Dua serangan dilakukan secara serentak memang menjadi identiti al-Qaeda serta kumpulan yang berkaitan dengannya.
Presiden Uganda, Yoweri Museveni, berkata sepatutnya pengganas mensasarkan tentera dan bukan orang awam yang menonton perlawanan bola sepak.
“Ini adalah tindakan pengecut pengganas al-Shabaab,” katanya. - Reuters