BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

7 tahun kena tipu

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_09.1.jpg


SEBAHAGIAN pembeli rumah mengadakan protes secara aman menuntut pemaju menyerahkan kunci rumah di Ampang kelmarin.

KUALA LUMPUR - Sebahagian daripada 660 pembeli Pangsapuri Sungai Sering, Ampang dekat sini sudah muak dengan alasan pemaju.

Rata-rata mereka sanggup menunggu lama untuk melihat rumah idaman masing-masing dibina selepas tujuh tahun terbengkalai.

Namun apabila siap, mereka tidak dibenarkan masuk oleh pemaju atas alasan bekalan air dan elektrik belum disediakan.

Meskipun masih tidak menerima penyerahan kunci rumah seperti yang dijanjikan pemaju, pemilik tetap berkeras untuk berpindah.

Salah seorang daripadanya, Mansor Khamis, 49, berkata, pemaju tidak membenarkan pembeli memasuki rumah sebelum membayar deposit bekalan air dan elektrik berjumlah RM620 dalam tempoh dua minggu.

"Jika tidak bayar pemaju kata rumah kami akan dilelong. Kami rasa seolah-olah tertipu dengan alasan pemaju," katanya ketika ditemui selepas mengadakan protes secara aman di kawasan kediaman kos rendah itu di sini kelmarin.

Pemilik juga terkilan apabila pengawal keselamatan menghalang mereka memasuki kawasan perumahan dan menurut Zainab Ariffin, 64, pula tindakan itu menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidak mempedulikan arahan pemaju.
 
kalau naik mahkamah sekalipun pemaju tetap akan menang.. tidak pernah ada dalam sejarah yg pemaju kalah. kalau ada pun stakat 1-2 pemaju je itupun kalau ada.
 
klu kes mcm ni..naik mahkamah pemaju akan kalah..cuma kesedaran pembeli rmh akan hak2 mereka sbg pembeli belum tinggi lg...sbb tu pemaju besar kepala tu..

harap2 kementerian menubuhkan satu jabatan khas utk membantu mereka2 yg terlibat dlm kes mcm ni....
 
banyak sangat berlaku kes macam ni...yg kesiannya org2 kita peringkat bawahan.....org2 kaya yg belo bunglow juta2 xde pulak jadi macam ni....sohai la pemaju ni..
 
tu lah akibatnye nak cepat sgt hahahahaha
 
Utk atasi masalah ni.. Guna konsep 'bena' dan jual..
Tapi ia akan untung kan penguna semata2...
Soalnya apa yg penguna boleh beri pada penguasa...?
 
Back
Top
Log in Register