ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KEADAAN kediaman mangsa yang terbakar 70 peratus.
Kuala Lumpur: Tujuh sekeluarga yang melecur dan sesak nafas dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terperangkap hampir 20 minit dalam kediaman yang terbakar.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi kelmarin, semua mangsa dikatakan lena tidur ketika rumah teres dua tingkat dihuni di Taman AU Keramat, di sini, dijilat api.
Insiden itu menyebabkan pemilik rumah, Ahmad Ismail, 64, melecur di kedua-dua tangannya apabila mangsa terpegang besi pemegang tangga yang terbakar.
Anak perempuan mangsa, Nurul Syuhada Ahmad, 37, berkata, dia hanya menyedari kebakaran selepas terdengar bunyi kaca pecah dan rekahan di tingkat bawah kediamannya.Menurutnya, dia keluar dari bilik tidur untuk memeriksa kejadian sebelum mendapati api marak membakar ruang tamu utama rumahnya.
"Saya mengejutkan ahli keluarga lain termasuk ayah dan ibu di bilik tidur di tingkat atas kediaman.
"Keadaan ketika itu sangat cemas berikutan api kian marak. Bapa yang menyangka tiga cucunya tidur di tingkat bawah kediaman meluru turun sebelum terpegang pemegang besi tangga yang panas terbakar," katanya.
Dia berkata, suaminya memanggil semula bapanya naik ke tingkat atas kediaman sebelum berkumpul di bahagian balkoni belakang rumah.
"Kami memanjat tembok balkoni itu dan berpaut pada balkoni kediaman jiran bersebelahan. Kami semua kemudian berjaya menyelamatkan diri melalui rumah jiran terbabit.
"Beberapa jiran berhampiran cuba membantu memadamkan api dengan menyimbah air namun api terlalu pantas merebak," katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga dihantar ke HKL berikutan mengalami sesak nafas akibat terhidu asap tebal dan melecur.
Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya mengerahkan tiga jentera dan 19 anggota termasuk pegawai bomba ke lokasi kejadian.
Menurutnya, api membakar 70 peratus rumah itu.
"Rumah itu didiami tujuh penghuni membabitkan empat dewasa dan tiga kanak-kanak berusia antara empat tahun hingga 60 tahun.
Menurutnya, empat daripada ahli keluarga ini sudah dibenarkan pulang oleh pihak HKL manakala tiga lagi masih dirawat di wad hospital.
Source: http://www.hmetro.com.my/node/75370