ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Ahmad Razin Ahmad Maher
KOTA BHARU - Sebanyak 122 kes melibatkan tujuh kematian akibat jangkitan kencing tikus (leptospirosis) dicatat di Kelantan, sehingga 10 Jun lalu.
Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata tujuh kematian tersebut adalah yang tertinggi sejak pewartaan kewajipan pelaporan yang dikeluarkan pada Disember 2010 iaitu 276 kes pada 2011 dengan satu kematian dan 186 kes pada 2012 (empat kematian).
“Terdapat peningkatan kes berkenaan pada tahun ini sehingga 10 Jun lalu,sebanyak 112 kes direkodkan dengan tujuh kematian berbanding 57 jangkitan dan kematian pada tempoh yang sama pada tahun lalu.
“Pada 2013, Kota Bharu mencatatkan kes tertinggi iaitu 24 kes diikuti Gua Musang (20 kes), Kuala Krai (14 kes) dan Pasir Mas (14 kes),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata kebanyakan kes adalah membabitkan golongan muda iaitu 20 peratus di kalangan remaja berusia 13 hingga 19 tahun dan 60 peratus di kalangan umur 20 hingga 55 tahun.Mengulas mengenai kematian pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka, di sini yang meninggal dunia kelmarin, akibat terkena jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis) selepas mengikuti perkhemahan pada bulan lepas di Bukit Bakar, Machang, Ahmad Razin berkata seramai 285 pelajar dan 20 guru daripada sekolah tersebut telah mengikuti perkhemahan di Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang pada 14 hingga 16 Mei lepas.
“Sekembali dari perkhemahan, 11 pelajar mengalami gejala seperti demam, selesema, sakit kepala dan sakit badan seawal 19 Mei dengan yang terakhir pada 11 Jun 2013 dan telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kedai Lalat, di sini, pada hari-hari yang berbeza mengikut bila tarikh mereka mula mengalami gejala tersebut.
“Kesemuanya didiagnosis sama ada sebagai demam biasa ataupun jangkitan sistem pernafasan atas (Upper Respiratory Tract Infection – URTI) yang ringan.
“Mangsa yang meninggal dunia, Sheikh Mohd Alif Sheikh Mohd Fauzi, 17, turut mendapatkan rawatan pada 27 Mei kerana mengalami gejala demam, selesema dan sakit badan dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.
Ahmad Razin berkata bagaimanapun pesakit telah dibawa mendapatkan rawatan semula di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada 29 Mei setelah rawatan yang diterima di klinik tersebut tidak berkesan dan penyakit menjadi lebih teruk.“Di HUSM, mangsa disyaki menghidap demam yang teruk (Dengue Shock Syndrome) serta leptospirosis dan terus dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.
“Keadaan mangsa menjadi bertambah teruk dengan kegagalan pelbagai sistem dalaman badan dan akhirnya meninggal dunia pada 18 Jun akibat Septisemic Shock,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Razin turut menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan rawatan jika mempunyai tanda-tanda penyakit leptospirosis dan maklumkan tentang aktiviti rekreasi seperti berkhemah, berenang, berkayak dan sebagainya atau pekerjaan yang berisiko kepada jangkitan penyakit ini.